BOLKIAH GARRISON, Friday, 6 December 2019 – The 15th Executive Development Programme (EDP) for senior government officials conducted by the Ministry of Defence (MINDEF) concluded today with a Closing Ceremony held at the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS).
Present as the guest of honour was the Second Minister of Defence, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, who presented the certificates to the participants. In his speech, the Second Minister of Defence reminded officials holding office are obligated in carrying out amanah or duties and responsibilities entrusted to them.
Yang Berhormat Pehin further emphasised the importance for policies to be aligned with the nation’s development agenda, with consideration of the circumstances and values in policy environment. This, he added, makes engagements with relevant stakeholders vital and in the spirit of muzakarah (consultation) and musyawarah (discussion) to reach a consensus. In this regard, he called on all participants to put the knowledge and skills acquired into immediate practice at their respective organisations by being more aware of their responsibility as leaders, and to be innovative and untiring in continuously improving their organisation and nation as a whole.
The three-month programme which began on 26 August this year was developed and conducted in collaboration with the Lee Kuan Yew School of Public Policy (LKYSPP), National University of Singapore. Its 30 participants comprised 20 senior Royal Brunei Armed Forces (RBAF) officers, one officer each from the Royal Brunei Police Force (RBPF), the Prime Minister’s Office (PMO), Narcotics Control Bureau, Ministry of Foreign Affairs, Universiti Brunei Darussalam (UBD) and Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA). In addition to that, MINDEF had also sponsored foreign senior military officers from Malaysia, Sultanate of Oman, Philippines and Singapore.
The programme covered various policy analysis tools, from cost-benefit analysis to multi-criteria analysis, several case studies and key management and leadership approaches. All these aim to equip senior officials with the necessary knowledge and skills to be more innovative in supporting the policy-making process and in managing challenges.
Apart from classroom learning, the programme also consists of in-house special talks and visits to local government agencies to get better insights and understanding on strategy formulation, policy-making processes and the various initiatives implemented with particular attention on the whole-of-nation approach and their alignment to the national development goals of the Wawasan Brunei 2035.
This year, the participants had the opportunity to go for a four-day study trip to Singapore. The participants were exposed to policy approaches and management practices from several key agencies of that country.
At the Closing Ceremony, remarks were made by Acting Director of SHHBIDSS, Ampuan Yura Kasumawati binti DP Haji Mohd Adnan and Professor Eduardo Jr Araral, Associate Professor and Director of the Institute of Water Policy and Former Vice-Dean of Research of the LKYSPP, National University of Singapore, respectively highlighting the close collaboration between both sides, and the various initiatives to strengthen the programme over the years. The representative of the participants of the 15th EDP, Lieutenant Colonel Pg Mohd Shamsul Reza bin Pg Dato Paduka Haji Tengah, also spoke, highlighting their experiences throughout the programme.
Also present at the ceremony were the Commander of RBAF, Commissioner of RBPF, Ambassadors and High Commissioners, Permanent Secretaries of PMO and MINDEF, Vice Chancellor of UBD, Rector of UNISSA, Service Commanders and other senior officers from the MINDEF and RBAF.
Launched in 2004, the programme saw the participation of 359 senior officers to date. SHHBIDSS, the only defence, strategic and security studies think tank in the country has been facilitating and coordinating the development of this annual programme since 2008, as part of its role in supporting human resource professional development.


MAJLIS PENUTUP PROGRAM PERKEMBANGAN EKSEKUTIF SIRI 15/2019
BOLKIAH GARISON, Jumaat, 6 Disember 2019 – Program Perkembangan Eksekutif (EDP) bagi Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan siri Ke-15 anjuran Kementerian Pertahanan berakhir hari ini dengan Majlis Penutup yang diadakan di Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB).
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof yang menyampaikan sijil-sijil kepada para peserta. Dalam ucapannya, Menteri Pertahanan Kedua mengingatkan bahawa pegawai-pegawai yang berkhidmat adalah diwajibkan dalam menjalankan amanah atau tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.
Yang Berhormat Pehin juga menekankan kepentingan untuk memastikan dasar-dasar selari dengan agenda pembangunan negara sambil mengambil kira keadaan dan nilai-nilai persekitaran dasar pada masa kini. Ini menjadikan penglibatan dan kolaborasi dengan beberapa pihak berkepentingan, dalam semangat muzakarah (rundingan) dan musyawarah (perbincangan), bahkan lebih penting dalam mencapai konsensus. Pada masa yang sama, Yang Berhormat Pehin juga menyeru semua peserta untuk mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi di organisasi masing-masing dengan menyedari tentang tanggungjawab mereka sebagai pemimpin, menjadi inovatif dan bertekad untuk terus memperbaiki organisasi dan negara secara amnya.
Program tiga bulan bermula pada 26 Ogos tahun ini dibentuk dan dilaksanakan dengan kerjasama Lee Kuan Yew School of Public Policy (LKYSPP), National University of Singapore.
Pesertanya yang seramai 30 orang terdiri daripada 20 pegawai-pegawai kanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), seorang pegawai bagi setiap Kementerian/agensi dari Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Jabatan Perdana Menteri, Biro Kawalan Narkotik, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan Univerisiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA). Sebagai tambahan, Kementerian Pertahanan juga turut menjemput dan membiayai pegawai-pegawai kanan tentera luar negeri dari Malaysia, Kesultanan Oman, Filipina dan juga Singapura.
Program meliputi pelbagai kaedah analisis dasar termasuk cost-benefit analysis, multi-criteria analysis, beberapa kajian kes serta pendekatan utama dalam bidang pengurusan dan kepimpinan. Ini bertujuan untuk melengkapkan pegawai-pegawai kanan dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan agar menjadi lebih inovatif dalam menyokong proses penggubalan dasar serta menangani cabaran.
Selain daripada pembelajaran di dalam kelas, program tersebut juga melibatkan ceramah-ceramah khas dan juga lawatan-lawatan ke agensi-agensi kerajaan tempatan untuk mendapatkan pengetahuan dan pemahaman yang lebih mendalam mengenai proses-proses perumusan strategi, pembentukan dasar dan pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan dengan penelitian khusus kepada kaedah pendekatan whole-of-nation dan pensejajaran dengan matlamat-matlamat pembangunan negara menurut Wawasan Brunei 2035.
Pada tahun ini, para peserta EDP diberikan peluang untuk menghadiri lawatan kerja ke negara Singapura selama empat hari. Para peserta didedahkan dengan pendekatan-pendekatan dasar dan juga amalan pengurusan di beberapa agensi-agensi tempatan negara tersebut.
Pada Majlis Penutup tersebut, Ampuan Yura Kasumawati binti DP Haji Mohd Adnan, Pemangku Pengarah Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik dan Professor Eduardo Jr Araral, Associate Professor and Director of the Institute of Water Policy and Former Vice-Dean of Research of the LKYSPP, National University of Singapore, yang mana menyerlahkan kerjasama erat dan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh kedua-dua pihak untuk mengukuhkan program selama ini. Selanjutnya, juga turut memberikan ucapan bagi pihak masing-masing serta wakil dari peserta EDP ke-15, Leftenan Kolonel Pg Mohd Shamsul Reza bin Pg Dato Paduka Haji Tengah mengongsikan pengalaman mereka disepanjang program.
Turut hadir ialah Pemerintah ABDB, Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Duta-Duta dan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi, Setiausaha-Setiausaha Tetap dari Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pertahanan, Naib Canselor UBD, Rektor UNISSA, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, serta pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Dilancarkan pada 2004, program berkenaan telah menjangkau penyertaan seramai 359 pegawai-pegawai kanan setakat ini. IPPSSHHB, yang merupakan satu-satunya think tank pengajian pertahanan, strategik dan keselamatan di negara ini telah menyelaras pembentukan program tahunan ini sejak tahun 2008, sebagai sebahagian daripada peranannya dalam mendokong pembangunan profesional sumber manusia.