JERUDONG, Monday 4 July 2016 – A total of 158 officers and staff of the Ministry of Defence received the Long Service Medal or Pingat Kerja Lama (PKL) honorary awards in conjunction with His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam 68th and 69th birthday for the year 2014 and 2015 respectively.
This year’s P.K.L awardees consist of 105 recipients for 2014, whist 105 recipients for 2015. The
presentation ceremony held at the BRIDEX Conference Hall, Jerudong was officiated by the Deputy Minister of Defence, First Admiral (Rtd) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit
The ceremony began with the recital of Surah Al-Fatihah led by Acting Senior Religious Officer, Ustaz Haji Rosli bin Batang.
With this investiture, it shows that the duties and performances while serving in various departments are appreciated by the Government of His Majesty Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and as an evidence of services rendered by them for the King, the government and the duties entrusted to them with high dedication and tireless commitments.
158 PEGAWAI DAN KAKITANGAN AWAM KEMENTERIAN PERTAHANAN TERIMA PENGURNIAAN PINGAT KERJA LAMA (PKL)
JERUDONG, Isnin 4 Julai 2016 – Seramai 158 orang pegawai dan kakitangan awam Kementerian Pertahanan telah menerima penganugerahan Pingat Kerja Lama (P.K.L) sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-68 bagi Tahun 2014 dan Ke-69 bagi Tahun 2015.
Penerima-penerima pengurniaan P.K.L bagi Tahun 2014 ialah seramai 105 orang, sementara bagi Tahun 2015 ialah seramai 53 orang.
Majlis penyampaiannya yang berlangsung di Dewan Persidangan BRIDEX, Jerudong telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Pemangku Pegawai Ugama, Ustaz Haji Rosli bin Batang.
Dengan pengurniaan tersebut juga menunjukkan segala pekerjaan dan tugas yang telah dilaksanakan semasa berkhidmat di mana-mana jabatan dihargai oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan menjadi bukti atas jasa bakti mereka kepada raja, kerajaan dan tugasan yang diamanahkan dengan memberikan komitmen yang jitu tanpa mengerti erti penat lelah.