KAMPUNG KIARONG, Wednesday, 9 May 2018 – With the consent of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, fifteen military officers and personnel from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Religious Department (JAMA’AT) were appointed as Amils (tithe ‘zakat’ collectors) following an appointment ceremony held at the Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah Mosque today.




Present to handover the certificates of appointment was Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Deputy Minister of Religious Affairs.




The 15 appointed Amils are part of the 310 Amils appointed nationwide and they will be responsible to facilitate the collection of zakat by the RBAF community during the month of Ramadhan.

15 ORANG PEGAWAI DAN ANGGOTA ABDB DITAULIAHKAN SEBAGAI AMIL BAGI TAHUN 1439/1440H




KAMPUNG KIARONG, Rabu, 9 Mei 2018 – Dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seramai lima belas (15) orang pegawai dan anggota tentera dari Jabatan Agama (JAMA’AT) Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah dilantik sebagai Amil di majlis perlantikan yang berlangsung di Masjid Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah pada hari ini.




Hadir bagi menyampaikan sijil-sijil lantikan ialah Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama. 




Anggota-anggota ABDB yang dilantik itu merupakan sebahagian daripada 310 Amil yang telah dilantik bagi mewakili seluruh negara dan mereka akan bertanggungjawab bagi mempermudahkan anggota ABDB untuk menunaikan pembayaran zakat mereka di bulan Ramadhan.