BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 24 July 2018 – A total of 15 participants have successfully completed the RBAF Paracounsellor Preparatory Course today, 4 of whom were from the Narcotics Control Bureau and SETIA Protective Security Services (SPSS) Sdn Bhd., and the rest were Royal Brunei Armed Forces (RBAF) personnel.


The course started two weeks ago and was aimed at equipping the participants with the fundamental knowledge and skills in practicing counselling effectively.




Speaking at the closing ceremony held in the RBAF Counselling Centre, Colonel (Udara) Haji Alirupendi Bin Haji Perudin, Director of Personnel of the Ministry of Defence as the Guest of Honour emphasised the troubling number of individuals affected by work stress which can negatively affect an organisation and the individual’s mental health. He also highlighted that counselling is an important element in human resource management, and equipping personnel with basic counselling skills is essential to help at-risk individuals cope with the challenges of their work stress. 




Since its establishment in 2003, the RBAF Counselling Centre has conducted the Paracounsellor Preparatory Course 33 times. There are currently a total of 254 paracounsellors in the RBAF.













15 PESERTA MENAMATKAN KURSUS PERSEDIAAN PARAKAUNSELOR ABDB BAGI TAHUN 2018




BOLKIAH GARISON, Selasa, 24 Julai 2018  – Seramai 15 orang anggota telah berjaya menamatkan Kursus Persediaan Parakaunselor ABDB, di mana 4 orang peserta adalah dari Biro Kawalan Narkotik dan Syarikat SETIA Protective Security Services (SPSS) Sdn Bhd., dan yang lainnya merupakan anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).  




Kursus ini diadakan sejak dua minggu lalu, dan bertujuan untuk melengkapkan para peserta dengan pengetahuan asas dan kemahiran dalam mengamalkan kaunseling yang berkesan. 




Dalam majlis penutup yang diadakan di Pusat Kaunseling ABDB, Pengarah Keanggotaan ABDB, Kolonel (U) Haji Alirupendi bin Haji Perudin yang hadir selaku Tetamu Kehormat, dalam ucapan penutupnya turut berkata bahawa individu yang mengalami tekanan kerja boleh menjejaskan sesebuah organisasi dan kesihatan mental seorang individu. Beliau juga menekankan bahawa aplikasi kaunseling merupakan elemen penting dalam pengurusan sumber manusia, dan melengkapkan kakitangan dengan kemahiran kaunseling asas adalah penting untuk membimbing individu berisiko menghadapi cabaran tekanan kerja mereka.




Ini merupakan kali ke-33 bagi pengendalian Kursus Persediaan Parakaunselor oleh Pusat Kaunseling ABDB sejak ia dibangunkan sekitar tahun 2003. Pada masa ini terdapat 254 orang parakaunselor dalam ABDB.