BANDAR SERI BEGAWAN, Monday, 23 May 2016 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam has conferred State Honorary Medals to government officers and personnel as well as the private sectors in conjunction with His Majesty’s 69th Birthday. The Conferment Ceremony was held at the Balai Singgahsana Indera Kenchana, Istana Nurul Iman today.
About 140 Officers and Personnel of the Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces were also conferred with the State Honorary Medals this morning.
Present as the Personal Representative of His Majesty to present the state honorary medals was His Majesty’s son, His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Crown Prince, Senior Minister at the Prime Minister’s Office. Also attending was His Royal Highness Prince ‘Abdul Malik ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah consented to present Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K), or the Meritorious Service Medal to 6 civilian officers and staffs of the Ministry Defence, and 29 officers and personnel of the Royal Brunei Armed Forces.
Meanwhile, the Pingat Indah Kerja Baik, (P.I.K.B) were conferred and received by 96 civilian officers and staffs of the Ministry Defence, and 9 officers and personnel of the Royal Brunei Armed Forces.
Present at the Conferment Ceremony were Yang Amat Mulia Pengiran Cheterias, Cabinet Ministers, Members of Councils, Deputy Ministers, Pengiran Peranakan, Pehin Manteris, Manteri Pedalaman, High Commissioners, Foreign Ambassadors, Permanent Secretaries, Heads of Departments and Senior Government Officers, as well as Mukim Penghulus and Village Chiefs.






140 WARGA KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB TERIMA
PINGAT KEHORMATAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin 23 Mei 2016 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam kepada pegawai dan kakitangan kerajaan serta sektor swasta sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Ke-69 Tahun. Istiadat pengurniaan pingat berlangsung di Balai Singgahsana Indera Kencana, Istana Nurul Iman hari ini.
Seramai 140 Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei turut dikurniakan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam pagi tadi.
Berangkat mengurniakan Pingat-Pingat Kehormatan Negara, selaku Wakil Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM). Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
Duli Yang Teramat Mulia berkenan mengurniakan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) kepada 6 pegawai dan kakitangan awam Kementerian Pertahanan, serta 29 pegawai dan anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Pengurniaan Pingat Indah Kerja Baik (P.I.K.B) pula dikurniakan dan diterima oleh 96 pegawai dan kakitangan awam Kementerian Pertahanan, dan 9 pegawai dan anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Hadir di Istiadat pengurniaan pingat ialah Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria; Menteri-Menteri Kabinet; Ahli-ahli Majlis Mesyuarat; Timbalan-Timbalan Menteri; Pengiran-Pengiran Peranakan; Pehin-Pehin Manteri; Manteri-Manteri Pendalaman; Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi; Duta-Duta Besar; Setiausaha-Setiausaha Tetap; ketua-ketua jabatan; pegawai-pegawai kanan kerajaan, Penghulu-penghulu Mukim serta Ketua-ketua Kampung.