BANDAR SERI BEGAWAN, Tuesday 28 February 2017 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam consented to bestow honorary state medals to government officers and personnel in conjunction with His Majesty’s 70th Birthday.
His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office, as His Majesty’s personal representative, conferred the state medals in an Investiture Ceremony at Balai Singgahsana Indera Kencana, Istana Nurul Iman.
Also present was His Royal Highness Prince ‘Abdul Malik ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
Among the recipients of the honorary state medals were 130 officers and staff from the Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces, comprising 34 awardees of the ‘Pingat Jasa Kebaktian’ (PJK) or Meritorious Service Medal and 96 awardees of the ‘Pingat Indah Kerja Baik’ (PIKB) or Excellent Service Medal.







130 PEGAWAI DAN KAKITANGAN KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB DIKURNIAKAN PINGAT-PINGAT KEHORMATAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa 28 Februari 2017 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam kepada pegawai dan kakitangan kerajaan sempena Hari Keputeraan Baginda yang Ke-70.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, selaku Wakil Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berkenan berangkat menyempurnakan pengurniaan Pingat-Pingat Kehormatan Negara berkenaan di Balai Singgahsana Indera Kenchana, Istana Nurul Iman.
Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
Antara para penerima pingat-pingat kehormatan negara berkenaan ialah 130 orang pegawai dan kakitangan dari Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), yang terdiri daripada 34 penerima ‘Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dan 96 penerima ‘ Pingat Indah Kerja Baik ‘ (PIKB).