PHNOM PENH, Tuesday, 15 March 2022 – The 12th Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Military Operations Meeting (AMOM) 2022 was held physically at the Ministry of National Defence Cambodia on 15 March 2022 and was chaired by His Excellency Major General Pen Sokrethvithyea, Chief of
Secretariat of Joint Staff, High Command Headquarters of the Royal Cambodian Armed Forces (RCAF).

 

Representing the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) was Colonel Saifulrizal bin Abdul Latif, Deputy Joint Force Commander, RBAF.

 

With the theme ‘Solidarity for Harmonised Security’, the 12th AMOM discussed and exchanged views on regional security issues and ways to enhance future military cooperation among ASEAN member states. Head of Delegates also presented a two-year activity work plan for ASEAN militaries for 2022-2024, which will be submitted during the 19th ASEAN Chiefs of Defence Forces Meeting (19th ACDFM).


The meeting concluded with the official handover of the AMOM Chairmanship to the Republic of Indonesia.





 

MESYUARAT OPERASI KETENTERAAN ASEAN KE-12 BAGI TAHUN 2022

 

PHNOM PENH, Selasa, 15 Mac 2022 – Mesyuarat Operasi Ketenteraan Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) ke-12 (AMOM ke-12) telah diadakan secara fizikal di  Kementerian Pertahanan Kemboja pada 15 Mac 2022 dan telah dipengerusikan oleh Mejar Jeneral Pen Sokrethvithyea, Ketua Sekretariat Staf Bersama, Markas Pemerintahan Tinggi Angkatan Bersenjata Diraja Kemboja.

 

Mewakili Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) adalah Kolonel Saifulrizal bin Abdul Latif, Timbalan Pemerintah Angkatan Bersama, ABDB.

 

Bertemakan Solidarity for Harmonised Security, AMOM ke-12 telah membincangkan dan bertukar pandangan mengenai isu-isu keselamatan serantau dan cara-cara untuk meningkatkan kerjasama ketenteraan pada masa depan di antara ahli negara ASEAN. Para ketua delegasi turut membentangkan rancangan kerja aktiviti dua tahun tentera ASEAN bagi tahun 2022-2024 yang akan dikemukakan semasa Mesyuarat Ketua Angkatan Pertahanan ASEAN ke-19 (ACDFM ke-19).

 

Mesyuarat diakhiri dengan penyerahan rasmi Pengerusi AMOM kepada Republik Indonesia.