BERAKAS GARRISON, Friday, 24 November 2017 – The Koperasi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Dengan Tanggungan Berhad (KOWIRA) held its 11th Annual General Meeting (AGM) at the Pahlawan Hall in the Berakas Garrison today.
The meeting was chaired by Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, the Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) in his capacity as the Chairman of KOWIRA’s Board of Directors.
Among those present were members of the Board of Directors, shareholders comprising former RBAF Commanders and officers, as well as retired RBAF personnel whom are still serving.
The meeting highlighted the current financial standing and performance of KOWIRA for this financial year and at the same time, discussed any potential trade strategies and issues that were raised.
Since its establishment in October 1998, KOWIRA now has more than 1000 members and aims to help improve the socio-economic and welfare levels of its members.


MESYUARAT AGUNG KOWIRA ABDB KALI KE-11
BERAKAS GARISON, Jumaat, 24 November 2017 – Koperasi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Dengan Tanggungan Berhad (KOWIRA) telah mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-11 di Dewan Pahlawan, Berakas Garison.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah ABDB selaku Pengerusi Lembaga Pengarah KOWIRA.
Antara yang hadir adalah ahli-ahli Lembaga Pengarah, pemegang-pemegang saham yang terdiri daripada mantan-mantan Pemerintah ABDB dan pegawai-pegawai, serta anggota ABDB yang telah bersara dan masih berkhidmat.
Mesyuarat Koperasi turut membincangkan kedudukan kewangan semasa dan prestasi KOWIRA bagi tahun kewangan ini serta kemajuan strategi perdagangan dan isu-isu yang dibangkitkan.
Sejak ditubuhkan pada Oktober 1998, KOWIRA kini mempunyai lebih daripada 1000 ahli dan bertujuan untuk membantu meningkatkan taraf sosio-ekonomi dan kebajikan ahli-ahlinya.