
BERAKAS GARRISON, Friday, 26 June, 2015 – A total of 115 orphans from 62 families made up of former members of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received donations in a ceremony called ’Sentuhan Kasih Ramadan’ which was held at the Berakas Garison Surau this morning.
Present as the guest of honor was the Commander of RBAF donations, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.
Meanwhile the donation from the RBAF Wives Welfare (BAKTI) was presented by the wife of the RBAF Deputy Commander, Datin Sakdiah binti Haji Mohd Noor, Acting President of the RBAF Wives Welfare (BAKTI).
The ceremony began with the mass recital of Surah Yaa sin and Tahlil and prayer followed by the reading of the doa led by Assistant Head of RBAF Religious Department (JAMA’AT), Captain Ariffin bin Hamid @ Amit.
Every year in the month of Ramadan, the RBAF organises welfare activities such as Sentuhan Kasih Ramadhan Ceremony to serve the citizens of the RBAF who have passed away and to assist the orphans in making preparations to celebrate Hari Raya. Whist, at the same time to nurture the caring attitude and charitable culture that they portray to be extended to other orphans for them to achieve the deeds among the RBAF community.
The contribution is proceeds from RBAF Welfare Fund, members of the RBAF, the RBAF Wives Welfare (Bakti), Korperasi RBAF (KOWIRA) and individual donors.
Also present was Deputy Commander of RBAF, Services Commanders, Commandants, Directors, Officers of RBAF and families of orphans.

115 ANAK YATIM ABDB TERIMA SUMBANGAN DERMA
BERAKAS
GARISON, Jumaat, 26 Jun 2015 – Seramai 115 anak yatim daripada 62
keluarga terdiri daripada bekas anggota-anggota Angkatan Bersenjata
Diraja Brunei (ABDB) telah menerima sumbangan derma dalam Majlis
Sentuhan Kasih Ramadan ABDB yang diadakan di Surau Berakas Garison.
Hadir
selaku Tetamu Kehormat menyampaikan sumbangan ialah Pemerintah ABDB,
Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri
Mohd Tawih bin Abdullah.
Manakala
sumbangan daripada Badan Kebajikan Isteri-Isteri ABDB (BAKTI) telah
disampaikan oleh isteri Timbalan Pemerintah ABDB, Datin Sakdiah binti
Haji Mohd Noor, Pemangku Yang Dipertua Badan Kebajikan Isteri-Isteri
ABDB (BAKTI).
Majlis
dimulakan dengan bacaan Surah Yaa sin dan bacaan Tahlil beramai-ramai
serta diikuti dengan bacaan Doa Arwah yang diketuai oleh Penolong Ketua
Jabatan Agama ABDB (JAMA’AT), Kapten Ariffin bin Amit@Hamid.
Setiap
tahun di bulan Ramadan, ABDB mengungkayahkan acara berkebajikan seperti
Majlis Sentuhan Kasih Ramadan bertujuan untuk mengenang jasa bakti
warga ABDB yang telah kembali ke rahmatullah dan secara tidak langsung
meringankan beban anak-anak yatim dalam membuat persiapan menyambut Hari
Raya Aidilfitri. Dalam waktu yang sama agar sikap prihatin dan budaya
bersedekah yang dicerminkan terus ditingkatkan terhadap anak-anak yatim
lain untuk menambahkan amal ibadat di kalangan warga ABDB.
Sumbangan
adalah hasil kutipan daripada Tabung Kebajikan ABDB, anggota-anggota
ABDB, Badan Kebajikan Isteri-Isteri ABDB (BAKTI), Korperasi ABDB
(KOWIRA) dan penderma-penderma perseorangan.
Turut
hadir ialah Timbalan Pemerintah ABDB, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera,
Komandan-komandan, Pengarah-pengarah, Pegawai-Pegawai ABDB dan keluarga
anak-anak yatim.