Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

DOA KESYUKURAN CEREMONY IN CONJUNCTION WITH THE 11TH ANNIVERSARY OF SUPPORT GROUP, ROYAL BRUNEI AIR FORCE

​RIMBA AIR FORCE BASE, Monday, 13 October 2025 – The Support Group, Royal Brunei Air Force celebrates its 11th anniversary with a Doa Kesyukuran Ceremony at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base aimed to express gratitude to the group's achievement and blessings over the past decade.

The ceremony was graced by Colonel (U) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosley, Commander of the RBAirF Support Group as the Guest of Honour with Support Group Wing Commanders, officers and personnel. The gathering displays their appreciation in achieving their vital role in providing essential services and support in enabling the RBAirF to carry out its duties and responsibilities.

The ceremony commenced with the congregational Asar prayer, followed by the recitation of Surah Yaasin and Doa Kesyukuran led by the Imam of Surau Al-Barakah. The Doa Kesyukuran ceremony serves as a reminder of the importance of faith and gratitude whilst seeking blessings and protection from Allah Subhanahu Wa Ta'ala for the continued success in supporting the RBAirF Operations.


MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA ULANG TAHUN KE-11 KUMPULAN BANTU, TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI


PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Isnin, 13 Oktober 2025 – Kumpulan Bantu, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah meraikan ulang tahun penubuhan ke-11 dengan mengadakan Majlis Doa Kesyukuran yang berlangsung di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba, sebagai tanda kesyukuran atas kejayaan dan keberkatan yang dikecapi sepanjang lebih sedekad penubuhannya.

Majlis tersebut dihadiri oleh Kolonel (U) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosley, Komander Kumpulan Bantu TUDB, selaku tetamu kehormat, bersama Pemerintah-Pemerintah Cawangan Kumpulan Bantu, pegawai serta anggota. Kehadiran mereka mencerminkan penghargaan terhadap peranan penting Kumpulan Bantu dalam menyediakan perkhidmatan serta sokongan penting yang membolehkan TUDB melaksanakan tanggungjawab dan misinya dengan cemerlang.

Majlis dimulakan dengan sembahyang fardu Asar berjemaah, diikuti dengan bacaan Surah Yaasin dan Doa Kesyukuran yang dipimpin oleh Imam Surau Al-Barakah. Majlis ini menjadi peringatan akan kepentingan keimanan dan kesyukuran, di samping memohon keberkatan serta perlindungan daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala agar kejayaan dan kecemerlangan Kumpulan Bantu dalam mendukung operasi TUDB terus berkekalan.