BANDAR SERI BEGAWAN, Tuesday, 23 September 2025
- As part of the Introductory Visit of General Dato' Sri Haji Muhamad Norazlan, Chief of the Royal Malaysian Air Force (RMAF), to Brunei Darussalam, a Welcoming Dinner was graciously hosted by Brigadier General (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the Royal Brunei Air Force (RBAirF), and Hajah Rosnah @ Hajah Lily binti Haji Matamit, spouse of the Commander RBAirF.
The event, held to celebrate and further strengthen the long-standing ties between the RBAirF and the RMAF, began with the arrival of General Dato' Sri Haji Muhamad Norazlan, his spouse Datin Sri Hajah Wan Nor Sazlina binti Wan Abdul Shukor and the RMAF delegation to a captivating Pencak Silat performance. The evening was further enlivened by musical performances from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Band, enhancing the celebratory atmosphere.
The highlight of the evening included speeches delivered by both Commanders, where General Dato' Sri Haji Muhamad Norazlan and Brigadier General (U) Haji Haszahaidi reaffirmed their commitment to further strengthen bilateral ties and broaden future engagements between the two Air Forces.
The dinner was also attended by the RBAirF Board of Executives, senior officers and invited guests with their spouses, providing an opportunity for informal interaction and the strengthening of professional networks.
General Dato' Sri Haji Muhamad Norazlan's Introductory Visit to Brunei highlights the continuity of the strong and enduring partnership between the air forces of Brunei Darussalam and Malaysia, built on mutual respect, shared values and a common goal of safeguarding the security of both nations.




MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA LAWATAN PENGENALAN PANGLIMA TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA (TUDM) KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 23 September 2025 - Sempena Lawatan Pengenalan Jeneral Dato' Sri Haji Muhamad Norazlan, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), ke Negara Brunei Darussalam, Majlis Makan Malam telah dihoskan oleh Brigedier Jeneral (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), bersama isteri, Hajah Rosnah @ Hajah Lily binti Haji Matamit.
Majlis tersebut diadakan bagi meraikan serta mengukuhkan lagi hubungan erat yang telah lama terjalin di antara TUDB dan TUDM. Majlis bermula dengan ketibaan Jeneral Dato' Sri Haji Muhamad Norazlan bersama isteri, Datin Sri Hajah Wan Nor Sazlina binti Wan Abdul Shukor, dan rombongan TUDM, yang disambut dengan persembahan Pencak Silat. Majlis turut diserikan dengan persembahan muzik daripada Pancaragam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang menambahkan lagi suasana kemeriahan.
Kemuncak majlis pada malam tersebut ialah ucapan daripada Jeneral Dato' Sri Haji Muhamad Norazlan dan Brigedier Jeneral (U) Haji Haszahaidi yang menegaskan komitmen untuk memperkukuh lagi hubungan dua hala serta memperluas kerjasama pada masa hadapan antara TUDB dan TUDM.
Majlis Makan Malam tersebut turut dihadiri oleh Ahli-ahli Badan Eksekutif TUDB, pegawai-pegawai kanan, serta tetamu jemputan bersama pasangan masing-masing, memberi ruang untuk interaksi tidak formal dan pengukuhan jaringan kerjasama.
Lawatan Pengenalan Jeneral Dato' Sri Haji Muhamad Norazlan ke Brunei merupakan kesinambungan kepada kerjasama kukuh dan berpanjangan antara TUDB dan TUDM, yang dibina berasaskan saling menghormati, nilai bersama serta matlamat bersama untuk untuk memelihara keselamatan kedua-dua negara.


