RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 07 August 2025 - The Royal Brunei Air Force (RBAirF) received an educational visit from Taman Asohan Kanak-Kanak Pertiwi School, consisting of 40 students and 7 teachers, at Rimba Air Force Base. The visit began with a safety brief delivered by Warrant Officer 2 (U) Suhaimi bin Haji Sulaiman from Air Force Main Store, as WOIC, No. 4 Wing, Support Group, RBAirF.
The school-organised visit with the RBAirF provided valuable exposure about aircraft, equipment, and operational assets. Throughout the visit, students engaged in interactive activities, gaining hands-on experience with various types of equipment, trying on uniforms and an up-close look at the RBAirF's aircraft.
The educational visit to the RBAirF aimed to provide students with valuable experiences that could enhance their learning and contribute to their personal development.
.jpeg)



LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARIPADA SEKOLAH TAMAN ASOHAN KANAK-KANAK PERTIWI KE PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 07 Ogos 2025 - Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menerima lawatan pendidikan daripada Sekolah Taman Asohan Kanak-Kanak Pertiwi yang terdiri daripada 40 orang pelajar dan 7 orang guru ke Pangkalan Tentera Udara Rimba. Lawatan tersebut memulakan lawatan dengan taklimat keselamatan yang disampaikan oleh Pegawai Waran 2 (U) Suhaimi bin Haji Sulaiman dari Stor Utama Tentera Udara, selaku WOIC, Cawangan No. 4, Kumpulan Bantu, TUDB.
Lawatan anjuran sekolah bersama pihak TUDB telah memberikan pengenalan berkaitan dengan pesawat, peralatan serta aset-aset operasi TUDB. Sepanjang lawatan tersebut, para pelajar turut mengambil bahagian dalam aktiviti interaktif yang memberi mereka peluang untuk memperoleh pengalaman mengendalikan pelbagai peralatan, mencuba pakaian seragam, serta melihat pesawat-pesawat milik TUDB dengan lebih dekat.
Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman bermakna kepada para penuntut, yang dapat menyumbang secara positif kepada proses pembelajaran serta perkembangan peribadi mereka.
.jpeg)
