BANDAR SERI BEGAWAN, Tuesday, 27 May 2025 – In conjunction with the 64th Anniversary of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), the Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a recitation of
Surah Yaasin and
Tahlil prayers at the Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.
The religious ceremony was held in remembrance of the late members of the Royal Family, including the late parents of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah – Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam and Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman. Prayers were also offered for His Majesty's late son, Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.
Present at the ceremony was Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the Royal Brunei Air Force with members of the RBAirF Board of Executive Committee, senior officers, officers, and airmen. The recitation of
Surah Yaasin and
Tahlil, was led by the Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, Religious Teacher of RBAirF.


TUDB MENGADAKAN MAJLIS BACAAN SURAH YAASIN DAN TAHLIL DI KUBAH MAKAM DIRAJA SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ANGKATAN TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI KE-58
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 27 Mei 2025 – Dalam memperingati Ulang Tahun Ke-64 Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan majlis bacaan Surah Yaasin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.
Majlis keagamaan ini diadakan sebagai tanda penghormatan dan mengenang keluarga Diraja, khususnya ibu bapa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, iaitu Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman. Doa juga dipanjatkan bagi arwah anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.
Hadir di majlis tersebut ialah Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah TUDB bersama ahli-ahli Jawatankuasa Badan Eksekutif TUDB, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan anggota TUDB. Bacaan Yaasin dan Tahlil telah dipimpin oleh Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pg Haji Zainuddin, Guru Ugama TUDB.
.JPG)