RIMBA AIR FORCE BASE, Monday, 12 May 2025 – No. 8 Wing, Training Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF), held the opening ceremony for the English Language Course and Introduction to Flight Safety Program for personnel from the Vietnam Air Defence–Air Force (VNADAF). The ceremony was held at 82 Squadron, No. 8 Wing, Training Group, RBAirF.
The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah followed by opening remarks from Lieutenant Colonel (U) Muhammad Zabri bin Abd Rahman, Commanding Officer of No. 8 Wing.
This inaugural program, which was conducted in collaboration with the Training Institute, Royal Brunei Armed Forces is attended by ten (10) VNADAF officers and marks a significant milestone in bilateral military cooperation between the RBAirF and VNADAF. The three-week program comprises a two-week English Language Course, followed by a one-week Introduction to Flight Safety Program designed to familiarize participants with RBAirF flight safety process and procedures.

MAJLIS PEMBUKAAN KURSUS BAHASA INGGERIS DAN PROGRAM
PENGENALAN KESELAMATAN PENERBANGAN PERTAMA BAGI
VIETNAM
AIR DEFENCE-AIR FORCE (VNADAF)
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Isnin, 12 Mei 2025 – Cawangan No. 8, Kumpulan Latihan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Pembukaan bagi Kursus Bahasa Inggeris dan Pengenalan Keselamatan Penerbangan bagi anggota daripada Vietnam Air Defence-Air Force (VNADAF). Majlis berlangsung di Skuadron 82, Cawangan No. 8, Kumpulan Latihan, TUDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Leftenan Kolonel (U) Muhammad Zabri bin Abd Rahman, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 8.
Program yang julung kali dijalankan ini adalah hasil kerjasama dengan Institut Latihan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) dan melibatkan penyertaan sampai sepuluh (10) pegawai dari VNADAF. Program ini juga menandakan satu pencapaian penting dalam kerjasama ketenteraan dua hala antara TUDB dan VNADAF. Program selama tiga minggu ini merangkumi Kursus Bahasa Inggeris selama dua minggu, diikuti dengan Program Pengenalan Keselamatan Penerbangan selama seminggu yang memberi pendedahan para peserta dengan proses dan prosedur keselamatan penerbangan TUDB.
