Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

TUDB SAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI DI SEPANJANG BULAN SYAWAL

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, 25 April 2025 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) menyambut Hari Raya Aidilfitri 1446H dengan penuh kemeriahan melalui pelbagai acara yang berlangsung sepanjang bulan Syawal. Sambutan ini diadakan oleh unit-unit di bawah Markas TUDB, Kumpulan Gerakan, Kumpulan Bantuan, Kumpulan Latihan dan Takmir Surau TUDB bersama warga jemaah Kampong Rimba.

Majlis Hari Raya bukan sahaja menjadi platform untuk memperkukuhkan ukhuwah dan semangat kekitaan dalam kalangan warga TUDB, malah mencerminkan nilai kekeluargaan, hormat-menghormati dan kerjasama erat antara anggota.

Acara sambutan diadakan secara berasingan di peringkat cawangan, dengan penglibatan seluruh anggota serta warga awam TUDB. Antara pengisian majlis adalah sesi ramah mesra bersama anggota dan warga unit.

Sambutan ini mencerminkan komitmen TUDB dalam memelihara kebajikan dan semangat warga kerja sambil terus mengekalkan kesiapsiagaan dalam melaksanakan peranan mempertahankan udara Negara Brunei Darussalam.


RBAirF CELEBRATES HARI RAYA AIDILFITRI THROUGHOUT THE MONTH OF SYAWAL

RIMBA AIR FORCE BASE, 25 May 2025 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) celebrated Hari Raya Aidilfitri 1446H with festive gatherings held throughout the month of Syawal across its various units under Headquarters RBAirF, Operations Group, Support Group, Training Group and Takmir Surau TUDB together with the congregants of Kampong Rimba.

These celebrations served not only to strengthen camaraderie and esprit de corps among RBAirF personnel, but also reflected the values of family, mutual respect, and teamwork within the organisation.

Events were organised independently by the respective wings, and included the participation of all RBAirF personnel and civilian staff. One of the highlights of the celebrations included casual get-together among personnel.

The Hari Raya celebrations reflect RBAirF's commitment to the welfare and morale of its personnel, while continuing to maintain readiness in carrying out its role as the nation's air defence force.