The Driving Instructor Course was held from 10 January to 28 February 2025 with four RBAirF personnel participating, while the Intermediate & Advanced Driving Course took place from 17 January to 28 February 2025 with seven participants. These courses aim to enhance driving and instructional skills, including teaching techniques and heavy vehicle handling. Coperal (U) Awg Jamal bin Haji Shapawi from 236 Squadron, No. 2 Wing, RBAirF, was awarded Best Student for Teaching Driving Procedures, while Lance Coperal (U) Muhammad Neshrul Hazwan bin Sanudin from 61 Squadron, No. 6 Wing, RBAirF, received the Best Student award for Theory.
Khamis, 27 Februari 2025 – Seramai sebelas anggota Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah berjaya menamatkan Kursus Jurulatih Memandu dan Kursus Pertengahan & Lanjutan Pemandu Sesi 2024 yang dikendalikan oleh Cawangan Latihan Memandu, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) di Penanjong Garison.
Kursus Jurulatih Memandu berlangsung dari 10 Januari hingga 28 Februari 2025 dengan penyertaan empat anggota TUDB, manakala Kursus Pertengahan & Lanjutan Pemandu berlangsung dari 17 Januari hingga 28 Februari 2025 dengan tujuh peserta. Kursus ini bertujuan meningkatkan kemahiran pemanduan dan kejurulatihan, termasuk teknik mengajar dan pengendalian kenderaan berat.
Koperal (U) Awg Jamal bin Haji Shapawi dari Skuadron 236, Cawangan No. 2, TUDB dianugerahkan Penuntut Terbaik bagi Prosedur Mengajar Memandu, manakala Lans Koperal (U) Muhammad Neshrul Hazwan bin Sanudin dari Skuadron 61, Cawangan No. 6, TUDB menerima anugerah Penuntut Terbaik bagi Teori.

.jpeg)