Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

FIVE NON-COMMISSIONED OFFICERS OF NO. 4 WING, SUPPORT GROUP, RBAirF PROMOTION CEREMONY

RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 02 May 2024 - A Promotion Ceremony was held for five No.4 wing Non-Commissioned Officers comprising one Substantive Corporal, two Substantive Lance Corporal, and two Acting Lance Corporals at No. 4 Wing Headquarters, Support Group, Rimba Air Force Base. 

Lieutenant Colonel (U) Pengiran Muhammad Farisan bin Pengiran Haji Metassan, the Commanding Officer of No. 4 Wing presented the insignia rank to the promoted personnel that was also attended by the Officers and Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) of No. 4 Wing.

This promotion serves as recognition of the personnel's contributions to the RBAirF and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), acknowledging their exemplary conduct and performance. Merits, adherence to core values, discipline, and overall performance were all considered in the promotion process. RBAirF would like to extend heartfelt congratulations to all the newly promoted NCOs.

MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI LIMA ANGGOTA PEGAWAI TIDAK BERTAULIAH RENDAH CAWANGAN NO. 4, KUMPULAN BANTU, TUDB.

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 02 Mei 2024 – Majlis Penyampaian Pangkat bagi lima (5) anggota Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Rendah Cawangan No. 4 yang terdiri daripada seorang Koperal Tetap, dua orang Lans Koperal Tetap dan dua orang Pemangku Lans Koperal telah dilaksanakan di Markas Cawangan No. 4, Kumpulan Bantu. 

Leftenan Kolonel (U) Pengiran Muhammad Farisan bin Pengiran Haji Metassan, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 4, merasmikan penyampaian pangkat kepada anggota-anggota yang dinaikan pangkat yang juga dihadiri oleh Pegawai-Pegawai dan PTB-PTB Kanan daripada anggota Cawangan No. 4.

Kenaikan pangkat ini adalah sebagai penghargaan terhadap sumbangan anggota-anggota tersebut kepada TUDB dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), mengambil maklum jasa dan perilaku mereka yang cemerlang. Penegakkan nilal-nilai teras, disiplin dan juga prestasi bertugas merupakan aspek-aspek penting yang dipertimbangkan. Pihak TUDB ingin merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada kesemua PTB-PTB Rendah yang telah dinaikkan pangkat.