Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF COMMANDER ATTENDS PACIFIC AIR FORCES VIDEO TELE-CONFERENCE

​RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 18 April 2024 - Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Royal Brunei Air Force (RBAirF) Commander attended the Pacific Air Forces Video Tele-Conference (PAC VTC) hosted by General Kevin B. Schneider, U.S. Pacific Air Force Chief.  A total of 20 Air Chiefs from the Pacific region participated in the Video Tele-Conference that discussed areas relating to bolstering Air Domain Awareness and Security.

The conference began with opening remarks from the U.S. Pacific Air Force Chief and proceeded with the respective Air Chief address.  The conference aims to develop a common understanding of Air Domain Awareness, cooperation and information exchange for an Air Centric-Common Operating Picture (A-COP). The Air Chiefs also discussed on fostering interoperability and enhancing the ability to protect air and maritime sovereignty while effectively defending these domains.

RBAirF Commander expressed his gratitude for the opportunity and emphasised on the importance of Air Domain Awareness and the need for shared information to ensure the safety and security in the overlapping airspace.

PAC VTC is a quarterly conference hosted by the U.S. Pacific Air Forces where Air Forces from the pacific region would discuss bilateral and multilateral defence including security matters in efforts to maintain the stability of the region from an air force perspective.


PEMERINTAH TUDB MENGHADIRI TELE-PERSIDANGAN VIDEO PACIFIC AIR FORCES

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 18 April 2024 – Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menghadiri Tele-persidangan Video Pacific Air Forces (PAC VTC) yang dihoskan oleh Jeneral Kevin B. Schneider, Pemerintah Tentera Udara Pasifik, Amerika Syarikat. Seramai 20 orang Pemerintah-pemerintah Angkatan Udara dari rantau Pasifik telah menghadiri sesi tersebut yang membincangkan tentang aspek berkaitan dengan Air Domain Awareness.

Persidangan dimulakan dengan ucapan pembukaan dari Pemerintah Tentera Udara Pasifik, Amerika Syarikat dan diteruskan dengan ucapan dari Pemerintah-pemerintah Angkatan Udara. Persidangan ini bertujuan bagi membangun persefahaman bersama tentang Air Domain Awareness, bidang kerjasama dan pertukaran maklumat bagi mencapai Air Centric-Common Operating Picture (A-COP). Pemerintah-pemerintah Angkatan Udara turut membincangkan usaha meningkatkan kebolehoperasian dan meningkatkan keupayaan dalam melindungi kedaulatan udara dan maritim mereka sambil  mempertahankan domain-domain ini dengan cekap.

Pemerintah TUDB menyatakan penghargaan atas peluang yang diberikan dan menekankan tentang kepentingan Air Domain Awareness dan kepentingan perkongsian maklumat bagi keselamatan dan sekuriti ruang udara yang bertindih.

PAC VTC merupakan persidangan suku tahun yang dianjurkan oleh Tentera Udara Pasifik Amerika Syarikat dimana pemerintah serta perwakilan tentera udara dari rantau pasifik bersidang untuk membincangkan hal dua hala dan pelbagai hala dalam isu pertahanan dari perspektif udara serta menerokai peluang-peluang kerjasama dengan Angkatan sahabat dari pelbagai aspek.