Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF OFFICERS ANNUAL SAHUR EVENT

​ANGGREK DESA, Saturday, 06 April 2024 - The Royal Brunei Air Force (RBAirF) Officers held an annual Sahur event in conjunction with the holy month of Ramadhan at a Restaurant in Kampong Anggrek Desa.

Gracing the event as the Guest of Honour was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif Bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the Commander of RBAirF, along with his spouse, Datin Noraidah binti Haji Ibrahim. Also in attendance were the RBAirF Board of Executives, Senior Officers, Officers and their spouses.

The Sahur event commenced with a group photo session, followed by the recitation of Doa led by Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, RBAirF Religious Teacher. This annual event aimed at fostering a sense of unity and camaraderie among the RBAirF Officers and their spouses.

During the event, the RBAirF Commander delivered a speech emphasising the tradition of this event will continue in the years to come. The event then proceeded with the gift presentation to the Board of Executives and Commanding Officers of RBAirF. It concluded with the recitation of the Closing Doa.


ACARA SAHUR TAHUNAN BAGI PEGAWAI-PEGAWAI TUDB

ANGGREK DESA, Sabtu, 06 April 2024 – Pegawai-pegawai Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Acara Sahur Tahunan sempena bulan Ramadhan yang mulia ini di sebuah restoran di Kampong Anggrek Desa.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB, dan isteri, Datin Noraidah binti Haji Ibrahim. Turut hadir ialah Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai TUDB serta pasangan masing-masing.

Acara tersebut dimulakan dengan sesi bergambar ramai dan diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, Guru Agama TUDB. Acara sahur ini diadakan setiap tahun pada Bulan Ramadhan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan Pegawai-pegawai TUDB dan juga pasangan- pasangan mereka.

Semasa acara tersebut, Pemerintah TUDB turut menyampaikan ucapan ringkas, yang mana beliau berharap tradisi acara ini akan diteruskan di masa akan datang. Acara diteruskan dengan penyampaian hampers dan baucar kepada ahli-ahli Badan Eksekutif dan Pegawai-pegawai Pemerintah Cawangan TUDB. Acara diakhiri dengan bacaan Doa Penutup.