Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

FAMILY DAY EVENT IN CONJUNCTION WITH THE ROYAL BRUNEI AIR FORCE 57TH ANNIVERSARY

​​RIMBA AIR FORCE BASE, Sunday, 26 November 2023 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a Family Day in conjunction with its 57th Anniversary, which was held from 25 to 26 November 2023 at the Rimba Air Force Base (Rimba AFB). The Family Day event was open to all RBAirF personnel and families of RBAirF members.

The two-day event included funfair activities, bazaar stalls, and a RBAirF Static Display, which provided opportunities for family interactions. These activities aimed to instil family values in RBAirF personnel and civilians while appreciating the support and commitment received thus far. It also provided an opportunity for small local businesses to promote their products.

This Family Day event is intended to strengthen the bond among RBAirF personnel and families in pursuit of the organisation's vision and mission.


SAMBUTAN HARI KELUARGA BERSEMPENA HARI ULANG TAHUN TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI KE-57

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Ahad, 26 November 2023 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Sambutan Hari Keluarga bersempena Hari Ulang Tahun TUDB ke-57 bermula dari 25 hingga 26 November 2023 di Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba). Sambutan tersebut dibukakan kepada ahli keluarga anggota-anggota dan warga awam TUDB.

Sambutan Hari Keluarga yang dikendalikan selama dua hari itu melibatkan pelbagai aktiviti, seperti funfair, gerai bazar dan Pameran Statik TUDB, yang menyediakan peluang interaksi bersama keluarga. Aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk menyemai nilai kekeluargaan di kalangan warga dan keluarga TUDB serta sebagai satu penghargaan kepada ahli keluarga mereka di atas sokongan yang telah diberikan selama ini. Ianya juga bertujuan untuk memberikan peluang kepada peniaga-peniaga kecil tempatan yang dijemput, untuk mempromosikan produk-produk mereka.

Sambutan Hari Keluarga ini diharapkan akan dapat mengukuhkan lagi hubungan di kalangan warga dan keluarga TUDB, dalam usaha mencapai visi dan misi organisasi.