RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 24 November 2023 - The Royal Brunei Air Force (RBAirF) successfully organised its inaugural E-Sports tournament at Punai Hall, Rimba Air Force Base (Rimba AFB), featuring the popular game Mobile Legends. This event marked a significant step in integrating innovation and technology within the force.
E-Sports Association Brunei (ESB) played a key role in ensuring the event's success by providing essential support, including refereeing and game management guidance. The Guest of Honour, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of the RBAirF, expressed appreciation for the initiative and highlighted the importance of such events in fostering camaraderie and team spirit, expressing commitment to expanding such engagements in the future. The Commander also thanked ESB for their unwavering commitment and contribution to make the event a success.
Team Pahlawan Gaming Team (No. 6 Wing) emerged as the tournament champion, with Team 4Stic.Bois (No. 4 Wing) securing runner up and Team The Bees (No. 7 Wing) for third place. Looking forward, the Commander expressed optimism about the tournament's continuity and improvement in the future.
The integration of E-Sports into military activities offers several benefits, including enhancing decision-making, teamwork, and communication. These skills are crucial in both virtual and real-world military scenarios. This event signifies a cultural shift within the RBAirF, acknowledging the significance of mobile gaming for skill development and team cohesion.





TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI MENGANJURKAN KEJOHANAN E-SPORTS PERTAMA
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 24 November 2023 - Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dengan jayanya telah mengendalikan kejohanan E-Sports buat yang pertama kalinya di Dewan Punai, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba) dengan permainan popular Mobile Legends. Kejohanan ini menandakan satu langkah penting dalam mengintegrasi inovasi dan teknologi di dalam unit ini.
Esports Association Brunei (ESB) telah memainkan peranan penting dalam menjayakan acara ini dengan memberikan bantuan seperti pengadilan dan panduan pengurusan permainan. Tetamu Kehormat, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB, mengucapkan penghargaan terhadap inisiatif ini dan menekankan kepentingan acara seperti ini dalam memupuk semangat berpasukan, dan berhasrat untuk mengembangkan aktiviti seperti ini di masa akan datang. Tetamu Kehormat juga mengucapkan terima kasih kepada ESB atas sumbangan dan komitmen mereka dalam menjayakan acara ini.
Pasukan Pahlawan Gaming Team (Cawangan No. 6) muncul sebagai juara kejohanan. Manakala Pasukan 4Stic.Bois (Cawangan No. 4) meraih tempat kedua dan Pasukan The Bees (Cawangan No. 7) menyandang tempat ketiga. Pemerintah TUDB menyuarakan rasa positif terhadap kejohanan ini dan yakin akan peningkatan pengendaliannya di masa hadapan.
Integrasi E-Sports ke dalam aktiviti tentera dapat memberikan beberapa faedah seperti meningkatkan kemahiran membuat keputusan, kerjasama pasukan, dan kebolehan berkomunikasi yang mana adalah penting dan dapat digunakan dalam senario nyata mahupun secara maya. Acara ini mencerminkan perubahan budaya di dalam TUDB, mengiktiraf relevansi permainan E-sports untuk pembangunan kemahiran dan kesepaduan pasukan.


