RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 23 November 2023 - A group comprising 30 students and 5 teachers from the Brunei Malay Teachers Association (PGGMB) School participated in an educational visit to the Royal Brunei Air Force (RBAirF) at the Air Movement Centre (AMC), Rimba Air Force Base.
The visit commenced with an introductory session by Lieutenant (U) Nur Hazirah binti Haji Mohd Aisa providing insights into the RBAirF, followed by a static display tour featuring some of the assets and equipment available in the RBAirF. The attendees also had the opportunity to engage with RBAirF personnel, and the visit concluded with a group photo session.
The primary aim of this educational visit was to enhance the understanding of the roles and responsibilities of the RBAirF among the students and teachers. Additionally, the visit aimed to ignite interest among the students, encouraging them to consider future careers within the RBAirF.



LAWATAN SAMBIL BELAJAR SEKOLAH PGGMB KE TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 23 November 2023 - Rombongan yang terdiri daripada 30 orang pelajar dan 5 orang guru daripada Sekolah Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) telahpun membuat lawatan sambil belajar ke Tentara Udara Diraja Brunei (TUDB) di Pusat Pergerakan Udara (PPU), Pangkalan Tentera Udara Rimba.
Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat pengenalan daripada Leftenan U) Nur Hazirah binti Haji Mohd Aisa yang memberikan sedikit pemahaman mengenai TUDB. Program diteruskan dengan lawatan ke pameran statik yang memaparkan beberapa aset-aset dan kelengkapan TUDB. Semasa lawatan tersebut, penuntut dan guru-guru berpeluang untuk berinteraksi dengan anggota-anggota TUDB. Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.
Tujuan utama lawatan sambil belajar ini adalah untuk meningkatkan pemahaman mengenai tugas dan tanggungjawab TUDB di kalangan para pelajar dan guru. Selain daripada itu, ianya juga bertujuan untuk meningkatkan minat para pelajar dan menggalakkan mereka mempertimbangkan kerjaya di TUDB sebagai salah satu pilihan di masa akan datang.
