Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

AIR MOVEMENT FLIGHT, NO 3 WING - PERSPECTIVE FOR THE 62ND RBAF ANNIVERSARY.

RIMBA AIR FORCE BASE, Tuesday, 30 May 2023 - Air Movement Flight (AMF) had the opportunity to partake in the one of the most memorable events in RBAF's 62nd Anniversary by coordinating and providing ground handling efforts for participating military aircraft from 7 countries for the Air Capability Static Display which was proudly held on the 31st May 2023 in Rimba Airbase. The involvement by the Airspace Control Early Warning Squadron (ACEWS) and the Fire Service Flight (FSF) as a combined effort to ensure safe coordination of vehicles movement on the apron and providing safe and responsive fire prevention service during arrival/departure of the aircraft.

AMF has shown its professionalism in conducting ground handling for the participating military aircraft upon its arrival by escorting and marshalling the aircraft safely to the apron and assisting the foreign military crew in obtaining all necessary security clearances, documentation, and certifications of their cargos. The crews have displayed a spirit of ongoing teamwork and effective communication throughout the event and able to perform well in a multi-task driven environment in ensuring the smooth conduct of ground handling of the aircraft ground movement during its arrivals and departures.

 


PERSPEKTIF SKUADRON PERGERAKAN UDARA, CAWANGAN NO 3 SEMPENA HARI ULANG TA​HUN ABDB KE-62.

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Selasa, 30 Mei 2023 – Skuadron Pergerakan Udara telah berpeluang mengambil bahagian dalam salah satu acara kemuncak semasa Hari Ulang Tahun ABDB ke-62 dengan membantu dalam mengendalikan pesawat tentera sahabat terdiri dari 7 buah negeri yang mengambil bahagian bagi Pameran Statik Keupayaan Udara yang diadakan pada 31 Mei 2023 di Pangkalan Tentera Udara Rimba. Penglibatan dari Skuadron Kawalan Ruang Udara/Amaran Awal dan Skuadron Perkhidmatan Bomba sebagai usaha gabungan untuk memastikan penyelarasan pergerakan kenderaan di apron selamat dan menyediakan perkhidmatan pencegahan kebakaran yang selamat dan responsif semasa ketibaan dan perlepasan pesawat. 

Skuadron Pergerakan Udara telah menunjukkan profesionalismenya dalam menjalankan pengendalian pesawat tentera yang mengambil bahagian semasa ketibaannya dengan mengiringi dan mengawal pesawat dengan selamat ke apron dan membantu kru tentera sahabat dalam mendapatkan semua pelepasan keselamatan, dokumen dan sijil kargo yang diperlukan. Kru-kru Skuadron Pergerakan Udara juga telah mempamerkan semangat kerja berpasukan yang berterusan dan komunikasi yang berkesan sepanjang acara dan dapat beraksi dengan baik dalam persekitaran yang didorong oleh pelbagai tugas dalam memastikan kelancaran pengendalian pergerakan pesawat semasa ketibaan dan perlepasan.