Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

COMMANDER ROYAL BRUNEI AIR FORCE INTRODUCTORY VISIT TO REPUBLIC OF SINGAPORE AIR FORCE

SINGAPORE, Wednesday, 09 January 2019 - Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Hj Hamzah bin Hj Sahat, Commander Royal Brunei Air Force (RBAirF) attended a three-day Introductory Visit to the Republic of Singapore Air Force (RSAF), Singapore from 8 to 10 January 2019.

Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat made courtesy calls to His Excellency Dr Ng Eng Hen, the Minister of Defence of Singapore and Lieutenant General Melvyn Ong, the Chief of Defence Force at the Ministry of Defence, and Major General Mervyn Tan, the Chief of Air Force at the Republic of Singapore Air Force base.

During the Introductory Visit, the two Chiefs of Air Forces led the discussion on bilateral ties and further areas of cooperation. RBAirF and RSAF have forged longstanding cooperation and interact regularly through a wide scope of activities such as bilateral exercises, cross-attendance of courses, visits and professional exchanges. This interactions have fostered mutual understanding and enhanced interoperability, and also built strong rapport and relationship between both air forces.

The RSAF has consented to award Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, with the RSAF Honorary Pilot Wing.  The ceremony took place at the Ministry of Defence Singapore. The RSAF Honorary Pilot Wing was presented by the Chief of Air Force, RSAF. This award was recognition for his valuable efforts and outstanding services he has been contributing in strengthening the ties between the RSAF and RBAirF.

Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Hj Hamzah also had the opportunity to tour the RSAF, Air Force Training Command (AFTC). RSAF AFTC is responsible for overseeing the daily operations that ensure that RSAF personnel receive the highest-quality training possible. Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah was briefed on AFTC's role and had the opportunity to witness the scientific learning of RSAF Air Traffic Controller RSAF training and Computer Based Training system to provide a more rounded training and development for the 3rd Generation airman.

During the Introductory visit, the spouse of Commander RBAirF, Datin Dr. Hjh Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Awang Hj Abd Aziz was hosted by the spouse of the Chief of Air Force, Mrs Gina Tan. The spouse programme included visits to Peranakan Museum of Singapore and Arab Street.

Commander RBAirF and spouse were also invited to the official dinner hosted by the Chief of RSAF and his spouse at the Long Beach restaurant. The introductory visit by Commander RBAirF underscores the continuous commitment to strengthen the longstanding relationship and cooperation between the RBAirF and RSAF.


KUNJUNGAN PENGENALAN PEMERINTAH TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI KE TENTERA UDARA REPUBLIK SINGAPURA

SINGAPURA, Rabu, 09 Januari 2019 - Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) menghadiri Kunjungan Pengenalan selama tiga hari ke Tentera Udara Republik Singapura (TURS) dari 08 hingga 10 Januari 2019.

Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat membuat Kunjungan Hormat kepada Dr Ng Eng Hen, Menteri Pertahanan Singapura dan Leftenan Jeneral Melvyn Ong, Ketua Turus Pertahanan Angkatan Bersenjata Republik Singapura di Menteri Pertahanan, dan kepada Mejar Jeneral Mervyn Tan, Panglima TURS di Pangkalan TURS.

Semasa Lawatan Pengenalan tersebut, Kedua-dua Pemerintah Tentera Udara mengetuai perbincangan mengenai hubungan dua hala dan bidang lain bagi kerja sama di masa akan datang. TUDB dan TURS telah mempunyai hubungan dan kerjasama yang telah lama terjalin dan sering berinteraksi melalui pelbagai aktiviti seperti eksesais dua hala, pertukaran kursus, lawatan dan pertukaran professional. Interaksi ini telah memupuk persefahaman bersama dan meningkatkan interoperabilitas, dan juga membina hubungan yang kuat di antara kedua-dua angkatan udara.

TURS berkenan untuk menganugerahkan Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat dengan Lencana Juruterbang Kehormat TURS. Majlis tersebut berlangsung di Kementerian Pertahanan Singapura. Penganugerahan Lencana Juruterbang Kehormat TURS telah disempurnakan oleh Panglima TURS. Penganugerahan tersebut adalah sebagai penghargaan jasa perkhidmatan beliau dalam mengeratkan lagi perhubungan di antara TURS dan TUDB.

Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Hj Hamzah juga berpeluang untuk melawat institut latihan TURS Air Force Training Command (AFTC). AFTC bertanggungjawab untuk mengawasi operasi harian dalam memastikan anggota TURS menerima latihan yang berkualiti tinggi. Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah diberi taklimat mengenai peranan AFTC dan berpeluang untuk menyaksikan pengkhususan latihan TURS Air Traffic Controller dan Sistem Latihan Berasaskan Komputer untuk menyediakan latihan dan pembangunan yang lebih lengkap bagi anggota udara Generasi ke-3.

Semasa Lawatan Pengenalan tersebut juga, Isteri kepada Pemerintah TUDB, Datin Dr. Hjh Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Awang Hj Abd Aziz dihoskan oleh isteri Panglima TURS, Mrs Gina Tan. Program isteri Pemerintah TUDB termasuk dengan lawatan ke Muzium Peranakan Singapura dan Arab Street.

Pemerintah TUDB dan isteri juga dijemput kepada Majlis Makan Malam Rasmi yang dihoskan oleh Panglima TURS dengan isteri di Restoran Long Beach. Lawatan Pengenalan oleh Pemerintah TUDB menandakan komitmen dalam memperkukuhkan lagi hubungan dan kerjasama di antara TUDB dan TURS.