Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

TUDB TAMPIL JOHAN PERLAWANAN AKHIR KEJOHANAN BOLA TAMPAR BAGI PERINGKAT ABDB
BOLKIAH GARISON, Rabu 11 Mei 2016 – Perlawanan Akhir Kejohanan Bola Tampar bagi peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berlangsung di Dewan Gerak Badan Bolkiah Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi menyaksikan perlawanan akhir Bola Tampar ini ialah Yang Mulia Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Timbalan Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan berkesempatan menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang serta Piala Pusingan bagi pasukan yang menjadi johan didalam Perlawanan Bola Tampar. Turut hadir pada majlis ini ialah Pegawai-Pegawai Kanan, PTB-PTB Kanan dan peringkat Rendah.

Sebanyak 05 pasukan menyertai di dalam kejohanan Bola Tampar kali ini iaitu Pasukan dari Kementerian Pertahanan, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei(IL ABDB).

Dalam acara tersebut di tempat ketiga disandang oleh pasukan dari Institut Latihan (IL ABDB), tempat kedua pula diraih oleh pasukan dari Tentera Darat Diraja Brunei(TDDB) dan Johan bagi perlawanan akhir Bola Tampar peringkat ABDB disandang oleh Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB).

Dengan adanya kejohanan ini, dapat membentuk dan mengetahui anggota-anggota ABDB yang berkebolehan di dalam sukan ini untuk diserapkan di dalam Pasukan ABDB bagi kejohanan Bola Tampar di peringkat kementerian nanti.