Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MINISTRY OF DEFENCE HOLDS MEDIA DAY 2025


​BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 29 April 2025 – The Public Relations Unit, Ministry of Defence hosted Media Day 2025 held at the Lecture Theatre Tower Block, Ministry of Defence, Bolkiah Garrison. 

The event was attended Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary at the Ministry of Defence, Yang Mulia  Poh kui Choon, Deputy Permanent Secretary at the Ministry of Defence, along with the representatives from local media partners from Radio Television Brunei, Information Department, Pelita Brunei, Borneo Bulletin and Media Permata. Also in attendance were the Public Relations Liasons from various units under the Ministry of Defence.

The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, led by Yang Mulia Captain Abdul Mu’iz Azizi bin Zulkifli, from the Royal Brunei Armed Forces Religious Directorate (JAMA’AT), followed by welcoming remarks delivered by Yang Mulia Permanent Secretary at the Ministry of Defence.

In his speech, Yang Mulia Permanent Secretary at the Ministry of Defence underscored the importance of collaboration, trust and transparency between the Ministry and its media partners to ensure we have a well-informed and resilient society. He also emphasised on the importance to ensure appropriate information shared is for public consumption, while upholding transparency and accountability; especially in the current environment where technologies shifted the way information is shared.

Yang Mulia Leftenan Colonel (U) Hasnul Alwe bin Haji Matassan, Ministry of Defence’s Spokesperson presented the primary objectives and significance of the Media Day 2025. This was followed by an introductory briefing on the Ministry of Defence and the Defence White Paper 2021 by a representative from The Directorate of Defence Policy. Subsequently, presentations were delivered on the role of the Public Relations Unit and the Ministry of Defence Media Coverage by officers from the Public Relations Unit of the Ministry of Defence.

The Media Day 2025 was organized to foster constructive communication, strengthen mutual understanding, and explore broader opportunities for strategic cooperation and partnership between the Ministry of Defence and the media. The session also emphasized the importance of accurate and transparent information dissemination, particularly in the context of national security and defence awareness. 

In line with its objective, a second session has been scheduled to be conducted in June, which will focus on deeper engagement, capacity-building opportunities, and the implementation of more holistic collaborative initiatives for both parties.











KEMENTERIAN PERTAHANAN MENGADAKAN HARI MEDIA 2025

BOLKIAH GARISON, Selasa, 29 April 2025 – Unit Perhubungan Awam, Kementerian Pertahanan telah menganjurkan Hari Media 2025 yang berlangsung di Dewan Kuliah Blok Menara, Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison. 

Majlis tersebut dihadiri oleh Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Yang Mulia  Poh kui Choon, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan,  bersama para wakil dari rakan media tempatan iaitu Balai Kenangan, Radio Televisyen Brunei, Jabatan Penerangan, Pelita Brunei, Borneo Bulletin dan Media Permata. Turut hadir ialah para Pegawai Perhubungan Awam dari unit-unit di bawah Kementerian Pertahanan.

Majlis dimulakan dengan bacaan surat Al-Fatihah yang dipimpin oleh Kapten Abdul Mu’iz Azizi bin Zulkifli daripada Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT), diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan. 

Dalam ucapan tersebut, Yang Mulia Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan telah menekankan kepentingan kolaborasi, kepercayaan dan ketelusan di antara Kementerian ini dan rakan-rakan media bagi memastikan masyarakat berpengetahuan dan berdaya tahan. Beliau turut menekankan kepentingan mengongsikan maklumat yang bersesuaian untuk tatapan umum dan pada masa yang sama memastikan ketelusan dan akauntabiliti; terutamanya dalam persekitaran semasa di mana teknologi telah merubah cara maklumat dikongsikan.

Yang Mulia Leftenan Kolonel (U) Hasnul Alwe bin Haji Matassan selaku Jurucakap Kementerian Pertahanan kemudiannya membentangkan objektif utama dan kepentingan Hari Media 2025. Seterusnya, wakil dari Jabatanarah Dasar Pertahanan menyampaikan  pengenalan mengenai Kementerian Pertahahan dan Kertas Putih Pertahanan 2021. Ini disusuli dengan pembentangan mengenai peranan Unit Perhubungan Awam Kementerian Pertahanan dan Liputan Media Kementerian Pertahanan yang disampaikan oleh pegawai-pegawai dari Unit Perhubungan Awam, Kementerian Pertahanan.

Hari Media 2025 ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan komunikasi yang membina, meningkatkan persefahaman bersama, serta meneroka peluang kerjasama dan perkongsian strategik yang lebih luas antara Kementerian Pertahanan dan pihak media. Sesi ini turut menekankan kepentingan penyebaran maklumat yang tepat dan telus, khususnya dalam konteks keselamatan negara dan kesedaran pertahanan.

Selaras dengan tujuan utama, sesi kedua telah dirancang untuk  diadakan pada bulan Jun nanti, yang mana  akan menumpukan kepada penglibatan yang lebih mendalam, peluang pembangunan kapasiti, serta perlaksanaan inisiatif kerjasama yang lebih holistik antara kedua-dua pihak.​


Attachments