Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MINISTRY OF DEFENCE AND ROYAL BRUNEI ARMED FORCES OFFICERS AND PERSONNEL RECEIVE “KURMA KURNIA PERIBADI"

​​

BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 22 March 2023 – The Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) had presented His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam’s personal gift of dates (Kurma Kurnia Peribadi) in honor of the month of Ramadhan 1444 Hijrah. The ceremony was held at the Ministry of Defence Tower Block, Bolkiah Garrison, today.


Present to distribute the dates were Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of RBAF, and Yang Mulia Haji Amiruddin bin Haji Mohammad Hassan, Acting Permanent Secretary of the Ministry of Defence.


The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by the distribution of dates to Service Commanders, Directors, and senior officers of military and civilian directorates and units of the Ministry of Defence and RBAF. The ceremony concluded with a Doa Selamat.


The giving of these personal dates reflected the love and care of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, in performing religious acts in conjunction with the upcoming month of Ramadhan.










PEGAWAI-PEGAWAI DAN ANGGOTA KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI TERIMA KURMA KURNIA PERIBADI

 

BOLKIAH GARISON, Rabu, 22 Mac 2023 – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena bulan Ramadhan 1444H kepada wakil-wakil Jabatanarah-Jabatanarah dan Unit-Unit Kementerian Pertahanan dan ABDB yang berlangsung di Blok Menara Kementerian Pertahanan , Bolkiah Garison hari ini.


Hadir bagi menyempurnakan pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB dan Yang Mulia Haji Amiruddin bin Haji Mohammad Hassan, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan.


Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan pengagihan Kurma Kurnia Peribadi kepada Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Pengarah-Pengarah dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB.  Majlis kemudian diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.


Pemberian Kurma Peribadi ini mencerminkan kasih sayang dan pemedulian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam melaksanakan amal ibadah sempena menjelangnya bulan Ramadhan yang bakal tiba.


Attachments