
BOLKIAH GARISSON, Saturday, 4 June 2022 – The Ministry of Defence (MINDEF) and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) participated virtually in the Malam Munajat conducted by the Ministry of Religious Affairs this evening.
The Malam Munajat, held at Surau Ad-Difa’ Bolkiah Garrison, was attended by Major General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, the RBAF Commander; Acting Permanent Secretary of the Ministry of Defence; RBAF Joint Force Commander; Deputy Permanent Secretaries; officers and personnel from the Ministry of Defence and the RBAF.
The function began with the recitation of Sayyidul Istighfar and Surah Al-Fatihah led by the Commander of RBAF followed by the mass recitation of Surah Yaasin. It then proceeded with the Munajat Prayer recited by Awang Haji Kaharuddin bin Haji Ali, Sharia Law Court Judge, followed by a Tazkirah delivered by Awang Mohammad Hilmi bin Yakop, Level ll Imam from Muhammad Jamalul Alam Mosque, Kuala Belait.
The function then continued with the recitation of Asmaul Husna led by Lieutenant Abdul Mu’iz Azizi bin Zulkifli and recitation of Selawat Tafrijiyyah led by Private Mohd Mu’izz bin Mustafa from the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT) as well as the recitation of Doa Peliharakan Sultan and Negara Brunei Darussalam which was recited by Awang Haji Mohd Burhanuddin bin Haji Damit, Imam of Pehin Khatib Abdullah Kampong Kulapis Mosque.
Malam Munajat is a weekly activity organised by the Ministry of Religious Affairs in the spiritual effort to seek Allah Subhanahu Wata'ala protection from the adversities of the COVID-19 pandemic in the country.





Surau Ad-Difa', Bolkiah Garrison

Surau Al-Faizun, Berakas Garrison

Surau Al-Huda, Muara Naval Base

Surau Al-Barakah, Rimba Airforce Base

Surau Pengiran Ratna Indera, Tutong Camp

Surau Al-Quwwah, Bangar Camp

Surau Ar-Rahmah, Lumut Camp

Surau Al-Hikmah, Penanjong Garrison

Surau Asy-Syuhadah, Defence Academy RBAF

Surau Asy-Syuja'ah, Special Regiment Force

Masjid Pulau Baru-Baru
KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB SERTAI
MALAM MUNAJAT ANJURAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA
BOLKIAH GARISON, Sabtu, 4 Jun 2022 – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menyertai Malam Munajat anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama secara dalam talian malam ini.
Malam Munajat tersebut diadakan di Surau Ad-Difa di Bolkiah Garison dan telah dihadiri oleh Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB; Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan; Pemerintah Angkatan Bersama ABDB; Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan; serta pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Pemerintah ABDB dan diikuti dengan bacaan Surah Yaasin beramai-ramai. Majlis kemudian diteruskan dengan Doa Munajat oleh Awang Haji Kaharuddin bin Haji Ali, Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Jabatan Kehakiman Negara, diikuti dengan penyampaian tazkirah oleh Awang Mohammad Hilmi bin Yakop, Imam Tingkat ll, Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait.
Majlis kemudian diteruskan dengan Laungan Asmaul Husna dipimpin oleh Leftenan Abdul Mu’iz Azizi bin Zulkifli dan bacaan Selawat Tafrijiyyah dipimpin oleh Soldadu Mohd Mu’izz bin Mustafa, dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT) serta bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang dibacakan oleh Awang Haji Mohd Burhanuddin bin Haji Damit, Imam Masjid Pehin Khatib Abdullah Kampong Kulapis.
Malam Munajat ini adalah merupakan aktiviti mingguan anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama sebagai usaha kerohanian untuk memohon perlindungan Allah Subhanahu Wata'ala khususnya daripada penularan wabak COVID-19 di negara ini.