Skip Ribbon Commands
Skip to main content
COURTESY CALL BY BRUNEI DARUSSALAM’S NEW AMBASSADOR TO THE REPUBLIC OF PHILIPPINES

BOLKIAH GARRISON, Monday, 31 October 2016 – The Deputy Minister of Defence, First Admiral (Rtd) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit today received a courtesy call from Her Excellency Hajah Johariah binti Haji Abdul Wahab, the new Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of Brunei Darussalam to the Republic of the Philippines.

During the call, the Deputy Minister of Defence congratulated Her Excellency on her new appointment. He also expressed his understanding of the exciting time ahead for the office of the Ambassador as the Philippines will be hosting a number of meetings under the chairmanship of ASEAN for the year 2017. He further encouraged a closer collaboration with the members of the RBAF serving in the Philippines and reiterated the importance of their welfare, especially that of the members of the International Monitoring Team (IMT) serving in Mindanao, Southern Philippines.

The Deputy Minister and Her Excellency the Ambassador are optimistic and both look forward to attaining continued progress in the bilateral relations between the two countries.

Her Excellency received her Letter of Credence from His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni AI-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, on 25 October 2016.



TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DUTA BRUNEI YANG BARU KE REPUBLIK FILIPINA

BOLKIAH GARISON, Isnin, 31 Oktober 2016 – Timbalan Menteri Pertahanan, Laksmana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit pada hari ini menerima kunjungan hormat daripada Puan Yang Terutama Hajah Johariah binti Haji Abdul Wahab, yang baru dilantik sebagai Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Filipina.

Semasa kunjungan tersebut, Timbalan Menteri Pertahanan mengucapkan tahniah kepada Puan Yang Terutama di atas perlantikannya. Beliau juga memahami yang tahun 2017 akan menjadi tahun yang amat aktif bagi Pejabat Kedutaan Negara Brunei Darussalam di Republik Filipina memandangkan Republik Filipina akan menjadi pengerusi ASEAN bagi tahun 2017. Laksmana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz juga menggalakkan bagi kerjasama yang lebih erat dengan ahli-ahli Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang sedang berkhidmat di Republik Filipina, dan menegaskan kepentingan kebajikan mereka sebagai ahli-ahli Pasukan Pemantau Antarabangsa (IMT) di Mindanao, Selatan Filipina.

Timbalan Menteri Pertahanan dan Puan Yang Terutama berasa yakin dan keduanya berharap untuk mencapai kemajuan yang berterusan dalam hubungan dua hala di antara kedua-dua buah negara.

Puan Yang Terutama telah dikurniakan Surat Watikah Pelantikan daripada Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 25 Oktober 2016.

Attachments