Skip Ribbon Commands
Skip to main content

​ 

PENDAFTARAN BAGI PENGAMBILAN PEGAWAI KADET LELAKI DAN WANITA 

ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

Pendaftaran bagi pemohon yang berminat untuk menceburi Kerjaya Tentera sebagai Bakal Pegawai Kadet Lelaki dan Wanita Pengambilan Pegawai Kadet Angkatan Bersenjata Diraja Brunei kini belum lagi dibukakan kepada orang ramai.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Pejabat Pengambilan Jabatanarah Keanggotaan
B 11 Tingkat 1 & 2 Spg 32-66
Flat Anggerek Desa

Tel : 2383074 / 238075

Atau layari laman web :

http://www.mindef.gov.bn
E-mail : FRO@mindef.gov.bn


 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN DAN KEMASUKAN BAGI

PENGAMBILAN BAKAL PEGAWAI KADET LELAKI DAN WANITA

ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI 

            Berikut adalah syarat-syarat kategori dan kemasukan bagi yang berminat untuk menceburi Kerjaya Tentera sebagai Bakal Pegawai Kadet Lelaki dan Wanita Pengambilan Pegawai Kadet Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Syarat-Syarat Kategori

Pemohon yang berminat untuk menceburi kerjaya tentera hendaklah terdiri daripada dua kategori yang telah ditetapkan.

1.       Bagi Kategori A, syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut:

a.      Terdiri daripada rakyat KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam dan mempunyai Kad Pintar yang berwarna 'KUNING' sahaja.
b.      Pemohon hendaklah dilahirkan di Negara Brunei Darussalam.
c.       Tergolong dalam tujuh Puak Jati Bangsa Melayu (Brunei, Tutong, Belait, Kedayan, Dusun, Murut dan Bisaya).

2.      Bagi Kategori B, syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut:

a.     Terdiri daripada rakyat KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam.   Pemohon hendaklah mempunyai suratkuasa undang-undang negara bertulis mengenai dengan KERAKYATAN serta mempunyai Kad Pintar yang berwarna 'KUNING' sahaja.
b.      Pemohon hendaklah dilahirkan di Negara Brunei Darussalam
c.       Pemohon bukan tergolong dalam tujuh Puak Jati Bangsa Melayu (Brunei, Tutong, Belait, Kedayan, Dusun, Murut dan Bisaya).
d.      Pemohon hendaklah berugama Islam dan menurut adat resam Melayu.
e.      Pemohon dikehendaki untuk menghadapkan surat permohonan ke pihak ABDB beserta dengan risalah yang diperlukan bagi tindakan lanjut.

Syarat-Syarat Kemasukan

Pemohon yang berminat untuk menceburi kerjaya tentera mestilah memenuhi syarat-syarat kemasukan yang telah di tetapkan sepertimana yang dihuraikan di bawah ini.

1.      Taraf Kelamin. Pemohon hendaklah berstatus Bujang, belum pernah berkahwin dan tidak mempunyai anak.

2.     Umur.  Pemohon hendaklah berumur di antara 18 tahun sehingga 28 tahun 0 bulan 0 hari (semasa bermulanya tarikh Badan Penauliahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dilaksanakan).

3.     Ketinggian Badan. Pemohon hendaklah mempunyai ketinggian 160cm (05 Kaki 03 Inci) bagi bakal Pegawai Kadet Lelaki dan 152cm (05 Kaki) bagi bakal Pegawai Kadet Wanita.

4.      Indek Jisim Tubuh (Body Mass Index). Pemohon hendaklah mempunyai keputusan Indek Jisim Tubuh antara 19 hingga 27.

5.     Kelayakan Akademik. Kelayakan minima bagi pemohon adalah Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) di dalam apa jua bidang yang diceburi. Kelayakan Akademik yang lebih tinggi adalah menjadi keutamaan seperti Sarjana Muda (Degree) dan Sarjana (Master).

6.    Tahap Kesihatan. Pemohon dikehendaki untuk mengisi Borang Deklarasi Kesihatan dan akan menjalani pemeriksaan kelayakan kesihatan sebelum mengikuti proses pemilihan awal.   Pemohon hendaklah sihat dan tidak cacat anggota, tidak mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit kronik, masalah pernafasan, masalah jantung, masalah mental serta bekas kecederaan teruk seperti patah pada bahagian anggota tubuh badan dan sebagainya.   Tidak cacat pendengaran dan penglihatan serta tidak rabun warna.   Mempunyai tahap kesihatan gigi yang baik.

7.      Tapisan Keselamatan. Setiap pemohon hendaklah bebas daripada sebarang

kesalahan awam atau jenayah, tidak pernah disabit atau diadu, tidak pernah terlibat dengan mana-mana kesalahan yang melibatkan agensi luar seperti Pasukan Polis Diraja Brunei, Mahkamah Awam dan Syariah, Biro Kawalan Narkotik, Biro Mencegah Rasuah dan sebagainya.   Setiap pemohon akan menjalani Tapisan Keselamatan (Security Vetting) dan Ujian Air Kencing (UAK) yang akan dikendalikan oleh pihak ABDB.

Proses Pemilihan

Pemohon yang telah memenuhi syarat-syarat kategori dan kemasukan akan dipanggil bagi mengikuti Proses Pemilihan sepertimana yang dihuraikan di bawah ini.

1.       Ujian Ketahanan Jasmani. Setiap pemohon akan mengikuti ujian ketahanan jasmani seperti berikut:

a.       Ujian Renang yang mana setiap pemohon akan berenang sejauh 50 meter dengan menggunakan Gaya Bebas dan Kuak Dada.

b.      Ujian Individual Fitness Assessment (IFA) yang mana setiap pemohon akan berlari sejauh 2.4km dan diikuti dengan ujian statik bagi menguji kecergasan tubuh badan iaitu Heaving (bagi lelaki) / Pull Up (bagi wanita), Sit-Up and Push-Up dalam masa satu minit pada setiap ujian.

*Perlu diingatkan bahawa ujian IFA hanya akan dibuat oleh pemohon jika sekiranya pemohon tersebut lulus dalam ujian Renang.

2.      Ujian Bertulis. Pemohon hendaklah lulus dalam ujian bertulis iaitu Ujian Kemahiran Bahasa Inggeris dan Ujian Psikologi.

3.     Badan Penauliahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.   Badan Penauliahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei merupakan satu badan yang bersidang dalam pemilihan Bakal Pegawai Kadet Lelaki dan Wanita yang dikendalikan dalam jangkamasa 04 hingga 05 hari.   Beberapa fasa akan dilaksanakan seperti Suitability For Training, Ability To Think Rationally and Critically, Ability To Lead.

4.    Pemeriksaan PULHEEMS. Pemohon hendaklah lulus dalam pemeriksaan PULHEEMS yang dikendalikan oleh pihak Pusat Khidmat Kesihatan dan Perubatan.

Pemohon yang LULUS secara keseluruhannya dan yang telah DISOKONG PENUH oleh Badan Penauliahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei akan mengikuti Latihan Pengenalan Awal dan tempoh Kursus Pegawai Kadet selama 40 minggu di Sekolah Pegawai Kadet Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Kampung Tanah Jambu.  

 

"BORANG PENDAFTARAN" boleh dimuat turun "DI SINI" dan dihantarkan ke:

 

Pejabat Pengambilan ABDB Jabanatarah Keanggotaan
B11 Tingkat 1 & 2 Spg 32-66
Flat Anggerek Desa

 

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pejabat Pengambilan ABDB: 

2383074/ 2383075