Skip Ribbon Commands
Skip to main content

DIRECTORATE OF ADMINISTRATION AND MANPOWER


INTRODUCTION

Directorate of Administration and Manpower is the centre for management and administration of civil manpower as well as to provide support services to the Ministry of Defence in matters relating to Civilian administration, training and discipline.


BRIEF HISTORY

Before Ministry of Defence was established, Directorate of Administration and Manpower (DAM) was formerly known as Force Civil Manpower Office (FCMO). In the 1970s, this department was head by a Force Civil Manpower officer and the main office was situated in Berakas Camp. The function of this department was to manage the administration matter concerning personnel in the Royal Brunei Malay Regiment.

In 1983, the post for Head of Force Civil Manpower was later known as Civil Secretary under the Superscale 'C' Group.

After independence and the establishment of Ministry of Defence in 1984, the Force Civil Manpower Office was administered by a Permanent Secretary. In 1986, the Force Civil Manpower Office was later changed into a Directorate and was renamed as Directorate of Policy and Administration (DPA). It was under the administration of a Director of Policy and Administration. The main office was situated at Istana Nurul Iman.

In 1988, two Permanent Secretary was later appointed in the Ministry of Defence. Then Directorate of Policy and Administration was renamed as Directorate of Administration and Manpower (DAM) until today. This directorate is under the administration of the Permanent Secretary (Administration and Finance). The main office is situated in the Ministry of Defence, Bolkiah Garrison.

 
MISSION

To manage civilians human resources and enable MINDEF to achieve its strategic objectives.

ROLES

As an administration centre to manage the affairs of civil manpower
•  To coordinate development of civil manpower
•  To manage the financial matters for civil personnel of Ministry of Defence (MINDEF)
•  To provide manpower for the maintenance of environmental in site camps and housekeeping services
•  Carry out recruitment and administration matters or contracted civilian technical professionals who perform maintenance works on Mindef and 
    RBAF capabilities.
•  To manage documents and information storage (Archives)


ORGANISATION STRUCTURE


JABATANARAH PENTADBIRAN DAN TENAGA MANUSIA

PENGENALAN

Jabatanarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia merupakan pusat bagi pengurusan dan pentadbiran Sumber Tenaga Manusia Awam. Antara peranannya adalah memberikan bantuan perkhidmatan sokongan kepada Kementerian Pertahanan dalam hal-hal yang berhubungan dengan pentadbiran Awam, latihan dan disiplin.


SEJARAH RINGKAS

Sebelum Kementerian Pertahanan ditubuhkan, Jabatanarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia (JPTM) sebelum ini dikenali sebagai Pejabat Kerahan Tenaga Awam (PKTM). Pada tahun 1970, Pejabat ini diketuai oleh seorang Pegawai Kerahan Tenaga Awam dan pejabat utama terletak di Perkhemahan Berakas. Antara peranan dan fungsi pejabat tersebut adalah bagi mengurus hal ehwal pentadbiran kakitangan awam yang berkhidmat di dalam Rejimen Askar Melayu Diraja Brunei.

Pada tahun 1983, jawatan bagi Ketua Kerahan Tenaga Awam kemudiannya dikenali sebagai Setiausaha Awam didalam tanggagaji kumpulan Superscale C.

Selepas kemerdekaan dan penubuhan Kementerian Pertahanan pada tahun 1984, Pejabat Kerahan Tenaga Awam ditadbir oleh seorang Setiausaha Tetap. Pada tahun 1986, Pejabat Kerahan Tenaga Awam kemudiannya diubah kepada satu Jabatanarah yang dikenali sebagai Jabatanarah Dasar dan Pentadbiran. Ianya ditadbir oleh seorang Pengarah Dasar dan Pentadbiran dan pejabat utama terletak di Istana Nurul Iman.

Pada tahun 1988, dua orang Setiausaha Tetap kemudiannya dilantik untuk berkhidmat di Kementerian Pertahanan. Jabatanarah Dasar dan Pentadbiran kemudian telah ditukar gelaran menjadi Jabatanarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia (JPTM) sehingga sekarang dan ditadbir di bawah pentadbiran Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan). Pejabat utama pada masa ini terletak di bangunan Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison.


MISI

Mengurus Sumber Tenaga Manusia Awam dan membantu untuk mencapai objektif strategik Kementerian Pertahanan.


PERANAN

•  Sebagai Pusat Pentadbiran bagi mengurus hal ehwal tenaga awam
•  Untuk menyelaras pembangunan Sumber Tenaga Manusia Awam
•  Mengurus hal ehwal kewangan pegawai dan kakitangan awam di Kementerian  Pertahanan
•  Menyediakan perkhidmatan tenaga kerja awam bagi kerja-kerja pemeliharaan kawasan di perkhemahan-perkhemahan dan perkhidmatan kebersihan
•  Menyalurkan sumber tenaga yang berkualiti tinggi bagi memenuhi keperluan strategik Kementerian Pertahanan (Biasiswa).
•  Menjalankan pengambilan dan hal pentadbiran untuk professional teknikal awam yang dikontrak untuk melakukan kerja-kerja penyelanggaraan ke       
   atas Kementerian Pertahanan dan ABDB.
•  Mengurus penyimpanan dokumen dan maklumat (Arkib)