Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
HANDOVER CEREMONY OF RBAF’S “TITIAN AMAL” REHABILITATION PROJECT AT BUKIT SUBOK FOREST RESERVE RECREATIONAL PARK

BUKIT SUBOK, Thursday, 7 January 2021 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held a handover ceremony to mark the completion of the rehabilitation of Bukit Subok Forest Reserve Recreational Park under the RBAF “Titian Amal” charity programme this morning.

The ceremony was attended by Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the RBAF, Dato Paduka Haji Mohd Nor bin Haji Jeludin, Permanent Secretary of Ministry of Foreign Affairs, and Datin Hajah Hasnah binti Haji Ibrahim, Managing Director of Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB).

The rehabilitation project commenced on 16 November 2020 led by the Combat Engineer Squadron, Support Battalion Royal Brunei Land Force (RBLF) and the Assault Pioneer Platoon from the infantry battalions in collaboration with Ministry of Foreign Affairs and Perbadanan TAIB was focused on the reconstruction of two main huts and two wooden bridges, as well as repairs of pathways and handrails along the track.

This charitable effort is one of RBAF's social responsibilities in reaching out to the community and ensuring a safe recreational site for the public.






PENYERAHAN PROJEK TITIAN AMAL ABDB DALAM PROJEK PEMBERSIHAN DAN PENAIKTARAFAN TAMAN REKREASI HUTAN BUKIT SUBOK.

BUKIT SUBOK, Khamis, 7 Januari 2021 - Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan majlis penyerahan bagi menandakan penamatan kerja-kerja pembersihan dan penaiktarafan Taman Rekreasi Hutan Bukit Subok di bawah projek “Titian Amal” ABDB.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat Pemerintah ABDB, Dato Paduka Haji Mohd Nor bin Haji Jeludin, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, dan Datin Hajah Hasnah binti Haji Ibrahim, Pengarah Urusan Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB).

Projek baik pulih berkenaan bermula pada 16 November 2020 diketuai oleh Skuadron Jurutera Tempur, Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Platun Rintis Serang daripada batalion-batalion infantri dengan kolaborasi bersama Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perbadanan TAIB telah memfokuskan kepada pembinaan semula dua buah pondok utama dan dua jambatan kayu, serta pembaikan laluan dan pegangan tangan di sepanjang trek tersebut.

Sumbangan amal ini adalah salah satu daripada tanggungjawab sosial ABDB bagi pendekatan kepada masyarakat serta memastikan tempat rekreasi yang selamat untuk orang ramai.  


Attachments