Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
MINISTRY OF DEFENCE CELEBRATES RETIREES AND RECIPIENTS OF PUBLIC SERVICE EXCELLENCE AWARD AND CIVIL SERVICE STAFF MERITORIOUS AND DEDICATION AWARD

ROYAL BERKSHIRE HALL, JERUDONG, 7 January 2021 The Ministry of Defence held an appreciation ceremony for 77 of it retirees who have completed their service in 2019 in a Certificate and Memento Presentation Ceremony held at the Royal Berkshire Hall, Jerudong. The ceremony also saw the presentation of certificates of appreciation to four recipients of the ‘Public Service Excellence Award’ (APCPA) and one recipient of the ‘Civil Service Staff Meritorious and Dedication Award’ (AKBBPA) for the year 2019. 

The ceremony was attended by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Rtd) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Second Minister of Defence as Guest of Honour of the ceremony. 

Also present were Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Awang Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos, Permanent Secretary (Civil Service, Welfare, International and Media), Prime Minister's Office, Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Services Commanders, Deputy Permanent Secretary (Civil Service, Welfare, International and Media), Prime Minister’s Office, Deputy Permanent Secretaries of the Ministry of Defence, acting Director General of Public Service, Civilian and Military Directors, Commandants, military and civilian officers and staffs.

The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Pg Muhd Azrin bin Pg Jarail, Religious Officer, RBAF Religious Department before the recital of verses of Al-Quran.

The ceremony then continued with welcoming remarks by Brigadier General (Rtd) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Permanent Secretary of the Ministry of Defence, followed by a speech from the Guest of Honour.

In his speech, Yang Berhormat Second Minister of Defence expressed his appreciation to all retirees who have served in the Ministry of Defence and highlighted that the excellent services contributed by the retirees are the most valuable service to the Government of His Majesty the Sultan and Yang  Di-Pertuan of Brunei Darussalam.

Yang Berhormat advised the retirees to spend prudently and reminded them not to neglect their health as health is one of the greatest blessings. He also recommended that retirees fill their retirement time by continuing to increase their knowledge and acts of worship and more importantly to remain loyal to the Government of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam by contributing to the society.

The ceremony concluded with a speech by a representative of the retirees, Awg Haji Aliasgar bin Haji Yaakub followed by Doa Penutup by Religious Officer, RBAF Religious Department.  










KEMENTERIAN PERTAHANAN RAIKAN PESARA-PESARA DAN PENERIMA-PENERIMA ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG SERTA KAKITANGAN BERJASA DAN BERBAKTI PERKHIDMATAN AWAM

ROYAL BERKSHIRE HALL, JERUDONG, 7 Januari 2021 – Kementerian Pertahanan telah meraikan seramai 77 orang pesara yang telah menamatkan perkhidmatan mereka pada tahun 2019 di sebuah Majlis Penyampaian Sijil-Sijil dan Cenderahati yang berlangsung di Royal Berkshire Hall, Jerudong. Majlis ini juga diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada empat orang penerima Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan  (APCPA) dan seorang penerima Anugerah Kakitangan Berjasa dan Berbakti Perkhidmatan Awam (AKBBPA) bagi tahun 2019.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua sebagai Tetamu Kehormat majlis. 

Turut hadir ialah Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Awang Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos, Setiausaha Tetap (Perkhidmatan Awam, Kesejahteraan, Antarabangsa dan Media), Jabatan Perdana Menteri, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Timbalan Setiausaha Tetap (Perkhidmatan Awam, Kesejahteraan, Antarabangsa dan Media), Jabatan Perdana Menteri, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Pengarah-pengarah Awam dan Tentera, Komandan-komandan dan pegawai-pegawai serta anggota tentera dan awam. 

Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Pg Muhd Azrin bin Pg Jarail, Pegawai Ugama Jabatan Agama ABDB sebelum diserikan lagi dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan alu-aluan dari Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, diikuti dengan ucapan dari Tetamu Kehormat. 

Dalam ucapan Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua, beliau melahirkan penghargaan kepada semua pesara yang telah berkhidmat di Kementerian Pertahanan dan menekankan bahawa perkhidmatan cemerlang yang disumbangkan oleh para pesara adalah merupakan jasa yang paling berharga kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 

Yang Berhormat menasihati para pesara supaya berbelanja secara berhemah dan mengingatkan mereka supaya jangan lalai dari menitikberatkan aspek kesihatan kerana kesihatan ialah salah satu nikmat yang paling besar. Beliau juga menyarankan agar para pesara mengisikan waktu mereka dengan terus meningkatkan ilmu dan amal ibadah dan yang lebih penting adalah meneruskan taat setia kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan menyumbang kepada masyarakat.

Majlis diakhiri dengan ucapan dari Wakil Pesara, Awg Haji Aliasgar bin Haji Yaakub diikuti dengan Doa Penutup oleh Pegawai Ugama, Jabatan Agama ABDB. 


Attachments