Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
RBAF PASSING OUT PARADE OF THE 166th INTAKE MALE RECRUITS

PENANJONG GARRISON, Friday, 20 November 2020 – A total of 210 male recruits of the 166th intake have concluded their Basic Military Training (BMT) with a Passing Out Parade held today at the parade square of Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF) in Penanjong Garrison.

Present as the guest of honour was Awang Salminan bin Haji Burut, Permanent Secretary (Municipal and District) of Ministry of Home Affairs. 

During the ceremony, he also presented awards to instructors and recruits who performed exceptionally well in various categories throughout the course of the training. The award recipients are 17077 Sergeant Mahdini bin Osli for Best Platoon Sergeant; 16313 Corporal Mohd Waridi bin Zainal Abidin for Best Male Instructor; 53762 Recruit (U) Syukurizam bin Hailulizam for Best Overall Recruit; 53667 Recruit Muhd Hazrul Hazwan bin Asnan for Best in Small Arms; 53643 Recruit Awang Mohd Ihsanudin bin Awang Haji Abdul Hakim for Best in Physical Training; and 53637 Recruit Abdul Azim Syafi’i bin Dullah for Best Military Skills.

Also present to witness the Parade were Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Services Commanders, Joint Force Commander, Directors, Commandants, senior officers, officers, personnel of the RBAF as well as the parents and families of the recruits.





UPACARA PERBARISAN TAMAT LATIHAN BAGI REKRUT LELAKI PENGAMBILAN KE-166

PENANJONG GARISON, Jumaat, 20 November 2020 – Seramai 210 anggota rekrut lelaki pengambilan ke-166 telah menamatkan latihan asas ketenteraan dengan Perbarisan Tamat Latihan yang diadakan hari ini di Padang Kawad Institut Latihan ABDB (IL ABDB), Penanjong Garison.

Pegawai Menerima Tabik Hormat bagi Upacara Perbarisan Tamat Latihan itu ialah Awang Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Semasa upacara tersebut, beliau juga telah menyampaikan anugerah-anugerah kepada jurulatih-jurulatih dan rekrut-rekrut yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang disepanjang latihan rekrut dijalankan. Penerima - penerima anugerah tersebut adalah 17077 Sarjan Mahdini bin Osli bagi Platun Sarjan Terbaik; 16313 Koperal Mohd Waridi bin Zainal Abidin bagi Jurulatih Terbaik; 53762 Rekrut (U) Syukurizam bin Hailulizam bagi Rekrut Lelaki Terbaik Keseluruhan; 53667 Rekrut Muhd Hazrul Hazwan bin Asnan bagi Penembak Senjata Ringan Rekrut Terbaik; 53643 Rekrut Awang Mohd Ihsanudin bin Awang Haji Abdul Hakim bagi Latihan Jasmani Terbaik; dan 53637 Rekrut Abdul Azim Syafi’i bin Dullah bagi Kemahiran Tentera Terbaik.

Turut hadir ialah Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Pemerintah Angkatan Bersama, Pengarah-pengarah, Komandan-komandan, pegawai-pegawai, anggota-anggota ABDB serta ibubapa dan keluarga rekrut-rekrut.

Attachments