Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
8th BRUNEI DARUSSALAM – REPUBLIC OF SINGAPORE DEFENCE POLICY DIALOGUE

BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 15 September 2020 – The 8th Defence Policy Dialogue between Brunei Darussalam and Republic of Singapore was held virtually this morning at Ministry of Defence, Bolkiah Garrison. 

The Dialogue was co-chaired by Brigadier General (Rtd) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma'awiah, Permanent Secretary, Ministry of Defence, Brunei Darussalam, and Mr. Chan Heng Kee, Permanent Secretary (Defence), Ministry of Defence, Republic of Singapore. Participating in the Dialogue were senior military and civilian officials from both sides. 

During the meeting, the two co-chairs reaffirmed the special and long-standing bilateral defence relations enjoyed by Brunei Darussalam and Republic of Singapore. The co-chairs also expressed their commitment to further strengthen bilateral defence cooperation through interactions between both Ministries and armed forces, including the enhancement of Brunei-Singapore Defence Scholars' Development Programme (SDP). 

The co-chairs also discussed a wide range of regional issues of common interest which includes Brunei Darussalam’s Chairmanship of ASEAN for 2021. Next year will also mark the 45th Anniversary of Defence Relations between the two countries. 

Initiated in 2009, the Defence Policy Dialogue between Brunei Darussalam and Republic of Singapore is aimed at fostering defence cooperation through discussion and information sharing, as well as exploring new areas of practical cooperation. 




DIALOG DASAR PERTAHANAN KE – 8 DI ANTARA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN REPUBLIK SINGAPURA 

BOLKIAH GARISON, Selasa, 15 September 2020 – Dialog Dasar Pertahanan di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura kali ke–8 telah berlangsung secara atas talian pagi tadi di Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison. 

Dialog telah dipengerusikan bersama oleh Brigadier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma'awiah, Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan dan Tuan Yang Terutama Chan Heng Kee, Setiausaha Tetap (Pertahanan), Kementerian Pertahanan, Republik Singapura. Dialog juga dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan tentera dan awam dari kedua-dua buah negara. 

Semasa mesyuarat tersebut, kedua-dua pengerusi bersama menekankan hubungan dua hala pertahanan yang istimewa dan yang telah lama terjalin antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura. Kedua-belah pihak juga turut menekankan komitmen berterusan untuk meningkatkan kerjasama pertahanan dua hala melalui interaksi di antara kedua-dua Kementerian dan angkatan tentera, termasuk mengukuhkan Brunei – Singapura Defence Scholars’ Development Programme

Pengerusi bersama juga membincangkan dan bertukar-tukar pandangan mengenai berbagai isu berkepentingan bersama di rantau ini, termasuk peranan Negara Brunei Darussalam sebagai Pengerusi ASEAN bagi tahun 2021. Tahun hadapan juga akan menandakan Sambutan Ulang Tahun Hubungan Pertahanan ke-45 bagi kedua-dua buah negara. 

Bermula pada tahun 2009, Dialog Dasar Pertahanan di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura ini bertujuan untuk memupuk kerjasama pertahanan melalui perbincangan dan perkongsian maklumat di samping menerokai bidang kerjasama praktikal yang baru.


Attachments