Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
COMMISSIONING AND PROMOTION CEREMONY FOR OFFICER CADET

BERAKAS GARRISON, Friday, 10 July 2020 – By the consent of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, 53206 Officer Cadet Muhammad Azim bin Haji Zailani, an officer cadet from Officer Cadet School (OCS) Defence Academy RBAF from Intake 18 and a degree holder in Law (LLB) is commissioned and promoted to the rank of Substantive Lieutenant with effect from 13 June 2020.

The Guest of Honour, Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) presented the insignia to the newly commissioned officer at the Officers’ Mess Berakas Garrison.

The ceremony was attended by Services Commanders, Joint Force Commander, RBAF senior officers and family members of the newly commissioned officer.

Officer Cadet Muhammad Azim bin Haji Zailani has successfully undergone training at the Officer Cadet School (OCS), Singapore Armed Forces Training Institute Military Institute (SAFTI MI), Republic of Singapore from 16 September 2019 until 13 June 2020. He graduated from University of Cardiff, United Kingdom.





MAJLIS PENAULIAHAN DAN KENAIKAN PANGKAT BAGI PEGAWAI KADET

BERAKAS GARISON, Juma’at, 10 Julai 2020 – Atas Titah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, 53206 Pegawai Kadet Muhd Azim bin Haji Zailani, Pegawai Kadet dari Pengambilan Ke-18 Sekolah Pegawai Kadet, Akademi Pertahanan ABDB dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Dalam Jurusan Undang-Undang telah ditauliahkan dan dinaikkan pangkat ke pangkat Leftenen Tauliah Tetap bermula 13 Jun 2020.

Tetamu Kehormat, Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menyempurnakan penauliahan dan kenaikan pangkat di Mes Pegawai Berakas Garison.

Turut hadir ialah Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Pemerintah Angkatan Bersama, Pegawai-pegawai Kanan ABDB dan ahli keluarga pegawai yang dinaikkan pangkat.

Pegawai Kadet Muhd Azim bin Haji Zailani telah menjalani latihan di Officer Cadet School (OCS), Singapore Armed Forces Training Institute Military Institute (SAFTI MI), Republik Singapura bermula 16 September 2019 hingga 13 Jun 2020. Beliau telah menerima ijazah dari University of Cardiff, United Kingdom.


Attachments