Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
ADSOM-PLUS LEADERS CONVENE VIRTUAL MEETING

BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 7 July 2020 – The inaugural video conference of the ASEAN Defence Senior Officials’ Meeting Plus (ADSOM-Plus) today followed suit the virtual ADSOM that was convened on 15 May 2020. 

The Meeting was chaired by Senior Lieutenant General Nguyen Chi Vinh, Deputy Minister of Defence, Socialist Republic of Vietnam, in his capacity as Vietnam’s ADSOM-Plus Leader.

Representing the Ministry of Defence of Brunei Darussalam was Brigadier General (Rtd) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Brunei Darussalam’s ADSOM-Plus Leader.

The ADSOM-Plus Leaders exchanged views on regional and international security environment amid the COVID-19 particularly on the contribution of the defence and military sector in dealing with the current pandemic. The meeting also noted Vietnam’s planned activities for the remainder of their ADMM Chairmanship which includes the commemoration of the 10th anniversary of ADMM-Plus.

The conduct of the virtual ADSOM-Plus Meeting uphold the sentiments reflected in the Joint Statement by the ASEAN Defence Ministers on Defence Cooperation Against Disease Outbreaks during the ADMM Retreat held in February 2020, notably in enhancing practical cooperation among ASEAN defence establishments for sharing information and best practices.




KETUA-KETUA ADSOM-PLUS MENGHADIRI MESYUARAT SECARA TALIAN

BOLKIAH GARISON, Selasa, 7 Julai 2020 – Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Pertahanan Plus (ADSOM-Plus) secara talian telah diadakan buat julung kalinya pada hari ini berikutan Mesyuarat ADSOM secara talian pada 15 Mei 2020. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Leftenan Jeneral Kanan Nguyen Chi Vinh, Timbalan Menteri Pertahanan Republik Sosialis Vietnam, selaku Ketua ADSOM-Plus Vietnam.

Mewakili Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam ialah Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, selaku Ketua ADSOM-Plus Negara Brunei Darussalam.

Para Pemimpin ADSOM-Plus telah bertukar pandangan mengenai persekitaran keselamatan antarabangsa dan serantau, terutama sumbangan sektor pertahanan dan ketenteraan dalam menangani COVID-19. Mesyuarat itu juga mengambil maklum perancangan aktiviti sepanjang tahun Vietnam selaku Pengerusi ADMM termasuk majlis bagi memperingati kerjasama ADMM-Plus selama sepuluh tahun.

Pengendalian Mesyuarat ADSOM-Plus secara talian ini mencerminkan hasrat di dalam Kenyataan Bersama oleh Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN dalam Kerjasama Pertahanan dalam Menentang Penularan Penyakit semasa ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM) Retreat yang telah berlangsung pada bulan Februari 2020, terutamanya dalam meningkatkan kerjasama praktikal di antara pertubuhan pertahanan ASEAN untuk perkongsian maklumat dan amalan terbaik.

Attachments