Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
UNITED KINGDOM HIGH COMMISSIONER TO BRUNEI DARUSSALAM PAID FAREWELL CALL ON SECOND MINISTER OF DEFENCE

BOLKIAH GARRISON, Wednesday 24 June 2020 - Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Second Minister of Defence, received a farewell call by His Excellency Richard Lindsay, High Commissioner of the United Kingdom to Brunei Darussalam.

During the call, the Second Minister of Defence took the opportunity to convey his appreciation to His Excellency Lindsay for his friendship and contributions towards strengthening bilateral defence between Brunei Darussalam and United Kingdom as well as the overall bilateral relations between Brunei Darussalam and United Kingdom. He expressed gratitude for the successful signing of the Exchange of Letters between His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and The Right Honourable Boris Johnson, the Prime Minister of United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland in February 2020. Both sides reaffirmed the friendly bilateral relations and opportunities to continue deepening the longstanding defence cooperation. 

His Excellency Richard Lindsay presented his Letter of Credence to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on 10 August 2017.


KUNJUNGAN PERPISAHAN DARIPADA PESURUHJAYA TINGGI UNITED KINGDOM KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KEPADA MENTERI PERTAHANAN KEDUA

BOLKIAH GARISON, Rabu 24 Jun 2020 - Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, telah menerima kunjungan perpisahan dari Tuan Yang Terutama Richard Lindsay, Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Negara Brunei Darussalam.

Semasa kunjungan tersebut, Menteri Pertahanan Kedua telah mengambil kesempatan untuk menyampaikan penghargaan atas persahabatan dan sumbangan Tuan Yang Terutama Lindsay dalam memperkukuhkan kerjasama dalam pertahanan dan hubungan dua hala antara Negara Brunei Darussalam dengan United Kingdom. Menteri Pertahanan Kedua juga menyuarakan penghargaan atas penandatanganan perjanjian ‘Exchange of Letters’ antara Kebawah Duli Yang Maha Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan The Right Honourable Boris Johnson, Perdana Menteri United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland pada Februari 2020. Kedua-dua pihak mengesahkan hubungan dua hala yang sangat baik dan harapan untuk terus mempertingkatkan kerjasama pertahanan yang sudah lama terjalin di masa hadapan.

Tuan Yang Terutama Richard Lindsay menyampaikan Surat Watikah Perlantikan kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 10 Ogos 2017. 


Attachments