Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
​REMAINING 59 FAMILIES RECEIVED SENTUHAN KASIH RAMADHAN DONATIONS FROM RBAF

BANDAR SERI BEGAWAN, Friday, 22 May 2020 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Sentuhan Kasih Ramadhan event which began on 18 May 2020 concluded its donation giveaways today to the remaining 114 orphans from 59 families of former RBAF personnel.

RBAF contributed donations for 119 orphans from 61 families in total where the first three families who reside in the Brunei-Muara District were presented by the Commander of the RBAF, Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud last May 18 2020. 

Meanwhile, today’s donations were handed out by representatives of the RBAF Commander comprising Services Commanders, Commandants, Military Directors and Senior Officers of the RBAF.

A total of 59 recipients from 30 families received donations distributed by the Royal Brunei Land Forces, 15 recipients from 8 families distributed by Royal Brunei Navy, 15 recipients from 7 families distributed by Royal Brunei Air Force, 2 recipients from 2 families distributed by Training Institute RBAF, and 23 recipients from 11 families receive donations distributed by the Military Directors as well as senior RBAF officers of Ministry of Defence.

These donations were given out in remembrance of former RBAF servicemen and servicewomen who had departed as well as to attain the honour and blessings from Allah Subhanahu Wata’ala during the holy month of Ramadhan and especially in helping their family members celebrate the upcoming Hari Raya Aidilfitri.



59 BUAH KELUARGA LAGI MENERIMA SUMBANGAN SENTUHAN KASIH RAMADHAN DARI ABDB

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 22 Mei 2020 – Acara Sentuhan Kasih Ramadhan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang bermula pada 18 Mei 2020 telah selesai disempurnakan hari ini kepada selebihan 114 anak-anak yatim dari 59 keluarga bekas anggota ABDB.

ABDB telah mengagihkan keseluruhan sumbangannya untuk 119 anak yatim dari 61 buah keluarga, dimana tiga buah keluarga di daerah Brunei-Muara telah terlebih dahulu disampaikan oleh Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud pada 18 Mei 2020 yang lalu.

Sumbangan selebihnya telah diserahkan oleh wakil-wakil Pemerintah ABDB yang terdiri daripada Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Komandan, Pengarah-Pengarah Tentera dan Pegawai-pegawai Kanan ABDB.

Seramai 59 anak yatim daripada 30 keluarga telah menerima sumbangan yang diedarkan oleh Tentera Darat Diraja Brunei; 15 anak yatim daripada 8 keluarga yang diedarkan oleh Tentera Laut Diraja Brunei; 15 anak yatim daripada 7 keluarga yang diedarkan oleh Tentera Udara Diraja Brunei; 2 anak yatim daripada 2 keluarga yang diedarkan oleh Institut Latihan ABDB; dan 23 anak yatim daripada 11 keluarga menerima sumbangan yang diedarkan oleh Pengarah-pengarah Tentera, Pegawai-pegawai Kanan ABDB dari Kementerian Pertahanan.

Tujuan sumbangan adalah untuk mengenang jasa bakti warga ABDB yang telah kembali ke rahmatullah disamping meraih pahala serta keredhaan Allah Subhanahu Wata'ala di bulan Ramadhan dan terutama sekali bagi membantu ahli-ahli keluarga mereka dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba.

Attachments