Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
SECOND MINISTER OF DEFENCE PRESENTS DEFENCE BUDGET 2020/2021 DURING LEGISLATIVE COUNCIL 2020

BANDAR SERI BEGAWAN, Thursday, 12 March 2020 – The 16th Legislative Council (LegCo) session opened this week on 9 March 2020. Discussions held during the LegCo session would encompass government budgets for the fiscal year 2020/2021, national policies and development plans. Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, the Second Minister of Defence presented on the defence budget in today’s morning session.

The defence budget for the Ministry of Defence that was allocated for the financial year of 2020/2021 is B$606,027,220.00, an increase of 0.27% from the previous financial year.

Highlighting that defence is a public good enjoyed by the people from all walks of life, the Ministry of Defence reaffirms its commitment to fulfill its role and mission to “Defend the Nation’s Sovereignty, Territorial Integrity and Supporting the Constitution and the Malay Islamic Monarchy Philosophy”.  Faced with a complex geopolitical environment, the Second Minister of Defence reinforced the three pillars which were Deterrence and Response, Defence Diplomacy, and Holistic Defence in addressing the dynamic challenges, which among those cited were the South China Sea and the Novel Coronavirus-19 (COVID-19).  

As part of the Deterrence and Response pillar, the Second Minister of Defence asserted that special attention is given to defence capabilities, armaments and the training required as the Ministry continues to realise its development plans comprising maritime capabilities and the establishment of a Defence Cyber Unit to fully equip the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) in tackling global threats that are dynamic, rapid and borderless. Reliable and trained human resource also remains a key priority to the Ministry, where the Second Minister of Defence shared that the establishment of the Office Cadet School, Defence Academy RBAF has resulted in a total of 523 officers, and also the recent opening of a new RBAF Recruitment Office building last year to ensure sustainable recruitment.  

On defence diplomacy, the Ministry of Defence remains active and committed to the ASEAN Defence Ministers’ Meetings (ADMM) and its related meetings, and it will look to co-chair the ADMM-Plus Experts’ Working Group in Military Medicine with Australia for a three-year period. Engagements in the form of peacekeeping operations, involvement in international missions, participation in exercises, joint working defence committees, humanitarian aid and contributions shape the Ministry’s diplomatic endeavours in promoting regional peace and stability.

As for the third pillar in holistic defence, the Ministry of Defence highlighted the need to advance the country’s direction towards leveraging the current technology in the era of the Fourth Industrial Revolution (4IR). This is exemplified by the publication of the Defence Digital Strategy Framework and the Defence Science and Technology Policy Framework, including cooperative pursuits in research, innovation and technology with Universiti Brunei Darussalam and Universiti Teknologi Brunei.

The Second Minister of Defence then concluded his speech to highlight that the three pillars will be integrated with long-term defence strategies. These policies and plans will be elaborated further with the release of a new Defence White Paper on the 60th Anniversary of RBAF in 2021, during which Brunei Darussalam will also take the helm as ASEAN Chair.

The full speech transcript can be found here.




MENTERI PERTAHANAN KEDUA MEMBERI PEMBENTANGAN BELANJAWAN PERTAHANAN 2020/2021 SEMASA MAJLIS MESYUARAT NEGARA TAHUN 2020

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 13 Mac 2020 – Sesi Pesidangan Majlis Mesyuarat Negara (MMN) kali ke-16 telah dibuka pada minggu ini pada 9 Mac 2020. Perbincangan yang diadakan semasa sesi MMN akan merangkumi belanjawan kerajaan untuk tahun kewangan 2020/2021, dasar kebangsaan dan pelan-pelan pembangunan. Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua telah membentangkan belanjawan pertahanan semasa sesi pagi MMN pada hari ini.

Anggaran belanjawan bagi Kementerian Pertahanan telah diperuntukkan pada Tahun Kewangan 2020/2021 ialah B$606,027,220.00, yang merupakan peningkatan sebanyak 0.27 peratus daripada peruntukan yang telah diluluskan pada tahun kewangan yang lalu.

Dalam menekankan pertahanan merupakan “public good” yang memberikan manfaat di pelbagai peringkat, Kementerian Pertahanan mengesahkan komitmennya untuk memenuhi peranan dan misi iaitu ‘Mempertahankan Kedaulatan, Keutuhan Wilayah dan Mendokong Perlembagaan dan Falsafah Melayu Islam Beraja’. Menteri Pertahanan Kedua, dalam mukadimah telah menegaskan lagi tiga tonggak utama iaitu Keupayaan Cegah Rintang dan Respon, Diplomasi Pertahanan dan Pertahanan Holistik dalam menangani persekitaran geopolitik yang rumit dan cabaran dinamik, antaralainnya yang dinyatakan ialah isu perairan Laut China Selatan dan penyebaran wabak Novel Coronavirus 2019 (COVID-19).

Dari segi tonggak pertama iaitu Keupayaan Cegah Rintang dan Respon, Menteri Pertahanan Kedua menekankan lagi bahawa perhatian khusus diberikan kepada keupayaan pertahanan dan persenjataan serta latihan yang diperlukan, dalam usaha bagi merealisasikan pelan perkembangan seperti kapabiliti maritim dan penubuhan sebuah Unit Pertahanan Siber untuk melengkapkan sepenuhnya Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi mengatasi ancaman-ancaman global yang dinamik, pantas dan merentas sempadan. Keperluan sumber tenaga manusia yang berwibawa dan terlatih juga merupakan salah satu keutamaan kepada Kementerian Pertahanan, di mana Menteri Pertahanan Kedua berkongsi mengenai penubuhan Sekolah Pegawai Kadet Akademi Pertahanan ABDB sejak satu dekad telah melahirkan seramai 523 pegawai tentera yang bertauliah, serta juga pembangunan Pejabat Pengambilan ABDB yang baharu pada tahun lepas ke arah mengekalkan pengambilan.  

Mengenai diplomasi pertahanan, Kementerian Pertahanan tetap aktif dan komited dengan ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM) dan mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan dengannya, dan akan menjadi Pengerusi Bersama bagi ADMM-Plus Experts’ Working Group dalam bidang Military Medicine bersama Australia selama tiga tahun. Penglibatan dalam operasi pengamanan, misi antarabangsa, penyertaan dalam eksesais, mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa pertahanan kerja bersama, bantuan dan sumbangan kemanusiaan juga membentuk usaha diplomatik Kementerian dalam mempromosikan keamanan dan kestabilan serantau.

Sebagai tonggak ketiga iaitu pertahanan holistik, Kementerian Pertahanan mengesahkan keperluan untuk memajukan hala tuju negara ke arah memanfaatkan teknologi semasa dalam era Fourth Industrial Revolution (4IR). Usaha ini dapat dilihatkan melalui penerbitan Rangka Kerja Strategi Digital Pertahanan dan Rangka Kerja Dasar Sains dan Teknologi, termasuk juga usaha kerjasama dalam penyelidikan, inovasi dan teknologi dengan Universiti Brunei Darussalam dan Universiti Teknologi Brunei.

Menteri Pertahanan Kedua kemudian menyimpulkan mukadimah dengan memaklumkan bahawa ketiga-tiga tonggak utama akan dilaksanakan secara bersepadu yang menitikberatkan strategi-strategi pertahanan dalam jangka masa panjang. Dasar pertahanan dan pelan-pelan tersebut akan digariskan dengan lebih lanjut dengan satu Kertas Putih Pertahanan baharu yang akan direalisasikan menjelang usia ABDB yang akan menyambut Jubli Intan 60 tahun pada tahun hadapan dan juga bersempena dengan Negara Brunei Darussalam selaku pengerusi ASEAN pada tahun 2021.

Ucapan penuh Menteri Pertahanan Kedua boleh didapati di sini.


Attachments