Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
RBAF COMMANDER RECEIVES INTRODUCTORY CALL FROM AMBASSADOR EXTRAORDINARY AND PLENIPOTENTIARY OF THE RUSSIAN FEDERATION TO BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 10 March 2020 – Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received an introductory call from His Excellency Vladimir Borisovich Goncharenko, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the Russian Federation to Brunei Darussalam. Also in attendance was the Chief of Staff, RBAF and Director of Intelligence.

During the call, both sides acknowledged the positive progress in the military-to-military ties between RBAF and Russian Armed Forces. The Commander of RBAF also accorded his appreciation for Russia’s support towards Brunei Darussalam as she takes on the position of being ASEAN Chair in 2021, as well as a Co-Chair of the ADMM-Plus Experts’ Working Group (EWG) on Military Medicine with Australia during the three-year cycle of 2020 – 2023.  

His Excellency Vladimir Borisovich Goncharenko was appointed as the Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the Russian Federation to Brunei Darussalam from 26 June 2019, replacing the former Ambassador His Excellency Vladlen Semivolos.



PEMERINTAH ABDB TERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA DUTA BESAR ISTIMEWA DAN MUTLAK PERSEKUTUAN RUSSIA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARISON, Selasa, 10 Mac 2020 – Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima kunjungan pengenalan daripada Tuan Yang Terutama Vladimir Borisovich Goncharenko, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Persekutuan Russia ke Negara Brunei Darussalam hari ini. Turut hadir adalah Ketua Staf ABDB dan Pengarah Perisikan.

Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua belah pihak telah menyatakan rasa berpuas hati atas perkembangan positif dalam hubungan ketenteraan di antara ABDB dan Angkatan Tentera Rusia. Pemerintah ABDB seterusnya meluahkan rasa penghargaan di atas sokongan Russia terhadap Negara Brunei Darussalam semasa ia mempengerusikan ASEAN 2021 serta menjadi Pengerusi Bersama dalam ADMM-Plus Experts’ Working Group (EWG) on Military Medicine bersama Australia bagi kitaran 2020 – 2023.

Tuan Yang Terutama Vladimir Borisovich Goncharenko telah dilantik sebagai Duta Besar Istimewa dan Mutlak Persekutuan Russia ke Negara Brunei Darussalam bermula pada 26 Jun 2019 bagi menggantikan Duta Besar sebelumnya, Tuan Yang Terutama Vladlen Semivolos.

Attachments