Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
AUSTRALIA COLLINS CLASS SUBMARINE HMAS DECHAINEUX HOSTS THE MINISTRY OF DEFENCE AND RBAF

MUARA COMMERCIAL WHARF, Saturday, 7 March 2020 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Second Minister of Defence this evening was hosted to a dinner reception aboard the Australian Collins Class Submarine HMAS Dechaineux. The first submarine to dock in Brunei Darussalam will be in the Sultanate from 7 to 9 March 2020.

Also present were Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF); Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Permanent Secretary of Defence; and Service Commanders.

Upon arrival, the Second Minister of Defence and delegation from the Ministry of Defence and RBAF were welcomed by Her Excellency Nicola Rosenblum, High Commissioner of Australia to Brunei Darussalam; Vice Admiral Michael Noonan, Chief of Navy of the Royal Australian Navy; and Commander Brad Francis, Commanding Officer of HMAS Dechaineux.

The inaugural submarine visit underscores the close and long-standing defence relations between Brunei Darussalam and Australia that in recent years has continued to strengthen through a comprehensive spectrum of bilateral and multilateral engagements.


KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB DIHOSKAN DI KAPAL SELAM AUSTRALIA COLLINS CLASS HMAS DECHAINEUX

DERMAGA KOMERSIAL MUARA, Sabtu, 7 Mac 2020 Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua telah dihoskan resepsi makan malam di kapal selam Australian Collins Class bernama HMAS Dechaineux. Kapal selam yang pertama berlabuh di Negara Brunei Darussalam berada di tanah air dari 7 hingga 9 Mac 2020.

Turut hadir ialah Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan serta Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera.

Sejurus tiba, Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua dan delegasi telah disambut oleh Puan Yang Terutama Nicola Rosenblum, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam; Laksamana Madya Michael Noonan, Pemerintah Laut Royal Australian Navy; dan Komander Brad Francis, Pegawai Pemerintah HMAS Dechaineux. 

Lawatan kapal selam yang pertama ke Negara Brunei Darussalam itu menandakan hubungan pertahanan yang rapat dan kian terjalin di antara Negara Brunei Darussalam dan Australia yang terus diperkukuhkan melalui interaksi dua hala dan pelbagai hala.


Attachments