Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
COURTESY CALL TO SECOND MINISTER OF DEFENCE BY DEPUTY ASSISTANT SECRETARY OF DEFENSE FOR SOUTH AND SOUTHEAST ASIA, UNITED STATES OF AMERICA

BOLKIAH GARRISON, Friday, 14 February 2020 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Second Minister of Defence, received a courtesy call from Mr Reed Werner, Deputy Assistant Secretary of Defense for South and Southeast Asia, United States of America, this morning. 

During the call, the Second Minister of Defence congratulated Mr Reed Werner on his appointment which took effect towards the end of 2019. Both sides affirmed the robust bilateral defence relations, noting various areas of defence and military cooperation including exchange of visits, bilateral military exercises, training opportunities as well U.S. multilateral engagements in various platforms, including the ASEAN Defence Ministers’ Meeting-Plus (ADMM-Plus).

Previously, Dr Joseph H. Felter III, who was in the position, visited Brunei Darussalam in July 2018. As the Deputy Assistant Secretary of Defence for South and Southeast Asia, Mr Reed Werner is responsible for advising the U.S. defence leadership on matters pertaining to the development and implementation of defense policies, strategies and plans in the South and Southeast Asia region.



KUNJUNGAN HORMAT KEPADA MENTERI PERTAHANAN KEDUA DARIPADA TIMBALAN SETIAUSAHA PERTAHANAN BAGI ASIA SELATAN DAN ASIA TENGGARA, AMERIKA SYARIKAT

BOLKIAH GARISON, Jumaat, 14 Februari 2020 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, telah menerima satu kunjungan hormat daripada Tuan Reed Werner, Timbalan Setiausaha Pertahanan bagi Asia Selatan dan Asia Tenggara, Amerika Syarikat.

Semasa kunjungan tersebut, Menteri Pertahanan Kedua telah berkesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Tuan Reed Werner atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Setiausaha Pertahanan yang berkuatkuasa di sekitar penghujung tahun 2019.

Kedua belah pihak juga telah mengesahkan hubungan pertahanan yang teguh antara kedua buah negara, dengan pelbagai bidang kerjasama pertahanan dan ketenteraan yang terjalin termasuk pertukaran lawatan, latihan tentera dua hala, peluang latihan serta penglibatan Amerika Syarikat dalam beberapa platform berbilang hala di rantau ini, termasuk ASEAN Defense Ministers’ Meeting-Plus (ADMM-Plus).

Terdahulu, Tuan Dr Joseph H. Felter III yang sebelum ini menjawat jawatan tersebut, telah berada di Negara Brunei Darussalam pada bulan Julai 2018. Sebagai Timbalan Setiausaha Pertahanan bagi Asia Selatan dan Asia Tenggara, Tuan Reed Werner bertanggungjawab sebagai penasihat bagi kepimpinan pertahanan Amerika Syarikat dalam perkembangan dan pelaksanaan dasar pertahanan, strategi dan perancangan di Asia Selatan dan Asia Tenggara.


Attachments