Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
RBAF COMMANDER HOSTED FAREWELL LUNCHEON WITH OUTGOING DEFENCE ATTACHE OF THE PEOPLE’S REPUBLIC OF CHINA TO BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARISON, Tuesday, 7 January 2020 - Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander Royal Brunei Armed Forces (RBAF) hosted a luncheon as part of a farewell call from outgoing Defence Attache of the People’s Republic of China to Brunei Darussalam, Senior Colonel Wu Geng. 

Also attended was the Services Commanders, Joint Force Commander, Chief of Staff RBAF and Director of Intelligence.

During the call, both sides expressed pleasure at the existing bilateral relations and the depth and breadth of defence relations with the signing of two Memorandum of Understandings (MOU) namely MOU on Military Exchanges on 12 September 2003 and MOU on Strengthening Defence Cooperation on 13 September 2017, as well as, cooperation that both countries enjoy in general since the establishment of Brunei-China diplomatic relations on 30 September 1991. Both sides also expressed their commitment to enhance the defence cooperation in the future.

Senior Colonel Wu Geng was the Deputy Defence Attache to Thailand before appointed as the Defence Attache of the People’s Republic of China to Brunei Darussalam from 6 August 2016 until January 2020.




PEMERINTAH ABDB ADAKAN MAJLIS PERPISAHAN ATASE PERTAHANAN REPUBLIK RAKYAT CHINA DI BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARISON, Selasa, 07 Januari 2020 – Yang Mulia Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menghoskan satu majlis makan tengahari perpisahan daripada Atase Pertahanan Republik Rakyat China di Negara Brunei Darussalam, Senior Colonel Wu Geng. 

Turut hadir adalah Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Pemerintah Angkatan Bersama, Ketua Staf ABDB dan Pengarah Perisik.

Semasa acara tersebut, kedua-dua belah pihak telah menyuarakan rasa berpuas hati  di atas hubungan baik pertahanan dua hala yang sedia ada terutama sekali melalui penandatanganan Memorandum Persefahaman iaitu Memorandum Persefahaman Military Exchanges pada 12 September 2003 dan Memorandum Persefahaman Strengthening Defence Cooperation pada 13 September 2017, serta kerjasama yang dinikmati oleh kedua-dua buah negeri secara amnya sejak adanya hubungan diplomatik Brunei-China pada 30 September 1991. Kedua-dua belah pihak juga menyuarakan komitmen masing-masing dalam meningkatkan kerjasama pertahanan di masa hadapan.

Senior Colonel Wu Geng sebelumnya bertugas sebagai Timbalan Atase Pertahanan di Thailand sebelum dilantik menjadi Atase Pertahanan Republik Rakyat China di Negara Brunei Darussalam bermula pada 6 Ogos 2016 hingga Januari 2020.

Attachments