Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
SINGAPORE’S PERMANENT SECRETARY (DEFENCE) MAKES INTRODUCTORY VISIT TO BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARRISON, Thursday, 9 January 2020 – The Republic of Singapore’s Permanent Secretary (Defence), Mr. Chan Heng Kee called on Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Second Minister of Defence this morning. The High Commissioner of the Republic of Singapore to Brunei Darussalam, His Excellency Lim Hong Huai, was also present at the courtesy call.

During the call, both sides reaffirmed the close bilateral relationship between Brunei Darussalam and Republic of Singapore and expressed satisfaction at the various avenues of defence cooperation at the bilateral and multilateral levels.

Mr. Chan Heng Kee, who is on his introductory visit to Brunei Darussalam from 8 to 9 January 2020, also called on Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and his counterpart, Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma'awiah, Permanent Secretary of Ministry of Defence yesterday.

As part of the programme, Mr. Chan Heng Kee visited the RBAF Museum and Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS). An official dinner was also hosted by the Permanent Secretary of the Ministry of Defence in honour of Mr. Chan Heng Kee.

Mr. Chan Heng Kee’s visit underscores the close and long-standing defence relations between Brunei Darussalam and Republic of Singapore. Both defence and military establishments have extensive and regular interactions in the form of exchanges of visits, dialogues, meetings, military exercises, trainings, courses, exhibitions and development and interaction programmes.






LAWATAN PENGENALAN SETIAUSAHA TETAP (PERTAHANAN) REPUBLIK SINGAPURA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALM

BOLKIAH GARISON, Khamis, 9 Januari 2020 – Setiausaha Tetap (Pertahanan) Republik Singapura, Tuan Chan Heng Kee membuat kunjungan hormat kepada Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua pada pagi ini. Turut hadir dalam kunjungan hormat adalah Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura di Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai.

Tuan Chan Heng Kee, yang sedang berada di Negara Brunei Darussalam bagi lawatan pengenalan beliau dari 8 hingga 9 Januari 2020, juga membuat kunjungan hormat kepada Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan juga rakan sejawat beliau, Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma'awiah, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan kelmarin.

Sebagai sebahagian program lawatan beliau, Tuan Chan Heng Kee mengadakan lawatan ke Muzium ABDB dan Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Jamuan makan malam rasmi juga dihoskan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan bagi menyambut kedatangan Tuan Chan Heng Kee.

Lawatan Tuan Chan Heng Kee menggariskan hubungan pertahanan dua hala yang mesra dan lama terjalin antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura. Kedua-dua institusi pertahanan dan angkatan tentera mempunyai interaksi yang luas dan kerap dalam bentuk pertukaran lawatan, dialog-dialog, mesyuarat-mesyuarat, eksesais ketenteraan, latihan, kursus, pameran dan program pembangunan dan interaksi.

Attachments