Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
THE OPENING CEREMONY OF THE 10th COMMAND AND STAFF COURSE

TANAH JAMBU, Thursday, 9 January 2020 – The opening ceremony of the 10th Command and Staff Course (CSC) 2020 was officiated by Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) at the RBAF Defence Academy. 

Also present were the Acting Vice Chancellor of University of Brunei Darussalam, Dayang Hajah Rubiah binti Haji Yacub, Services Commanders, Deputy Permanent Secretary of the Ministry of Defence, senior officers, as well as, the Defence Advisers/Attachés to Brunei Darussalam.

A total of 37 officers are attending the course including 20 officers from RBAF, one officer from Royal Brunei Police Force, a civilian officer from the Ministry of Defence and 15 international military officers from Australia, People’s Republic of Bangladesh, the People’s Republic of China, Republic of Indonesia, Malaysia, New Zealand, the Sultanate of Oman, the Islamic Republic of Pakistan, the Republic of the Philippines, Saudi Arabia, Republic of Singapore, Thailand and the United States of America.

The 40-weeks’ course will be delivered in partnership with UBD for the second year as its main academic provider which aims to expand the professional and academic knowledge towards contemporary strategic environment and its implications on their works being the defence and security specialists.

By the end of the course, successful course participants will be awarded with UBD’s Graduate Diploma in Defence and Security Studies with an opportunity to pursue their Masters in Defence and Security Studies.





MAJLIS PEMBUKAAN BAGI KURSUS MAKTAB TURUS SESI KE-10

TANAH JAMBU, Khamis, 9 Januari 2020 – Majlis Pembukaan bagi Kursus Maktab Turus Sesi ke-10 telah dirasmikan oleh Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) di Akademi Pertahanan ABDB. 

Turut hadir ialah Pemangku Naib Cancelor Universiti Brunei Darussalam (UBD), Dayang Hajah Rubiah binti Haji Yacub, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, pegawai-pegawai kanan serta Penasihat/Atase Pertahanan ke Negara Brunei Darussalam.

Seramai 37 pegawai-pegawai menyertai kursus tersebut termasuk 20 pegawai ABDB, seorang pegawai dari Pasukan Polis Diraja Brunei, seorang pegawai awam daripada Kementerian Pertahanan dan 15 pegawai-pegawai antarabangsa daripada Australia, Republik Rakyat Bangladesh, Republik Rakyat China, Republik Indonesia, Malaysia, New Zealand, Kesultanan Oman, Republik Islam Pakistan, Republik Filipina, Saudi Arabia, Republik Singapura, Thailand dan Amerika Syarikat.

Kursus Maktab Turus yang dijalankan selama 40 minggu akan bekerjasama dengan pihak Universiti Brunei Darussalam yang mana kali ini diadakan buat tahun kedua sebagai pembekal akademik dan bertujuan untuk memperluaskan pengetahuan profesional dan akademik dalam mempelajari isu-isu strategik pada masa kini serta kesannya dalam bidang pertahanan dan keselamatan.

Peserta-peserta kursus yang berjaya akan dianugerahkan Graduate Diploma in Defence and Security Studies daripada pihak UBD dan akan berpeluang untuk melanjutkan pembelajaran ke Masters in Defence and Security Studies.

Attachments