Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
12th EAST ASIA SECURITY OUTLOOK SEMINAR

TANAH JAMBU, Wednesday, 27 November 2019 – The Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS), Ministry of Defence, organised the 12th East Asia Security Outlook Seminar today. 

Present as guest of honour at the Seminar was the Commander of the Royal Brunei Armed Forces, Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.

This year’s panelists included distinguished speakers from Daniel K. Inouye Asia Pacific Center for Security Studies (United States), De La Salle University (Philippines), Bina Nusantara University (Indonesia), EPIPEOPLE Consultants (Brunei), Malaysian Communications and Multimedia Commission (Malaysia), Institute of Strategic and International Studies (Malaysia) and Australian Strategic Policy Institute (Australia). 

This year, the Seminar looked into East Asia’s strategic trends and outlook as well as the impact of the evolving security environment to ASEAN and Brunei Darussalam in particular. Against this backdrop, the Seminar looked to further understand the defence and security implications of new technologies.

Also present at the event were Acting Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Service Commanders and Acting Service Commanders, Acting Deputy Permanent Secretary, and officers from the Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces. Officers from the Prime Minister’s Office, the Royal Brunei Police Force, Ministry of Finance and Economy, Ministry of Foreign Affairs, Ministry of Culture Youth and Sport as well as other government agencies, and together with other representatives from higher education institutions were also invited to attend the Seminar.

The event concluded with the presentation of tokens of appreciation to the speakers by the Acting Deputy Permanent Secretary, Ministry of Defence, Haji Muhd Shahrul Nizzam bin Umar.

The EASO Seminar is an annual event that is organised by SHHBIDSS since 2009. It provides a platform for discussion among local defence and security officials on regional defence, strategic and security related issues.





SEMINAR EAST ASIA SECURITY OUTLOOK KALI KE-12

TANAH JAMBU, Rabu, 27 November 2019 – Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB), Kementerian Pertahanan telah mengadakan Seminar East Asia Security Outlook (EASO) yang ke-12. 

Hadir sebagai tetamu kehormat ialah Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.

Ahli-ahli sesi panel Seminar terdiri daripada penceramah-penceramah dari Daniel K. Inouye Asia Pacific Center for Security Studies (United States), De La Salle University (Philippines), Bina Nusantara University (Indonesia), EPIPEOPLE Consultants (Brunei), Malaysian Communications and Multimedia Commission (Malaysia), Institute of Strategic and International Studies (Malaysia) dan Australian Strategic Policy Institute (Australia). 

Seminar tahun ini membincangkan mengenai tren strategik di rantau Asia Timur dan implikasi persekitaran rantau ini kepada ASEAN amnya dan Brunei Darussalam khususnya. Berdasarkan perubahan persekitaran berkenaan, Seminar ini juga turut membincangkan implikasi teknologi-teknologi baru terhadap pertahanan dan keselamatan.

Seminar turut dihadiri oleh Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera dan Pemangku Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, serta pegawai-pegawai dari Kementerian Pertahanan dan ABDB. Turut dijemput ke Seminar terdiri dari pegawai-pegawai dari Jabatan Perdana Menteri, Pasukan Polis Diraja Brunei, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan dan agensi-agensi kerajaan lain, serta Institusi-Institusi Pengajian Tinggi.

Seminar EASO ini diakhiri dengan penyampaian tanda penghargaan kepada ahli-ahli panel penceramah oleh Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan, Haji Muhd Shahrul Nizzam bin Umar. 

EASO Seminar merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh IPPSSHHB, Kementerian Pertahanan, sejak 2009. Ianya merupakan landasan bagi perbincangan antara pegawai-pegawai mengenai isu-isu berkaitan dengan pertahanan, strategik dan keselamatan serantau.

Attachments