Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
BRUNEI DARUSSALAM’S SECOND MINISTER OF DEFENCE AND SINGAPORE’S MINISTER FOR DEFENCE OBSERVE EXERCISE PELICAN 2019

BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 6 November 2019  In conjunction with the 40th anniversary of Exercise PELICAN between the Royal Brunei Navy (RBN) and Republic of Singapore Navy (RSN), Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Brunei Darussalam’s Second Minister of Defence and His Excellency Dr Ng Eng Hen, Minister for Defence, Republic of Singapore observed the exercise on-board RSS TENACIOUS and KDB DARUSSALAM today. 

The sea phase of Exercise PELICAN, which started yesterday, featured Cross-Deck Helicopter Operations, Unmanned Aerial Vehicle (UAV) Operations, Over The Horizon Targeting (OTHT), Tactical Firing, Sail Pass and Tactical Manoeuvres.

Both ministers were airlifted from the Air Movement Centre, Royal Brunei Air Force (AMC RBAirF) this morning to the RSS TENACIOUS via the Republic of Singapore Air Force’s (RSAF) Super Puma Helicopter to witness UAV Operations and the OTHT exercise conducted amongst all participating ships led by the RSS TENACIOUS. Upon completion, both ministers proceeded to board the KDB DARUSSALAM and oversaw the Tactical Firing Exercise. Before returning ashore, both ministers also had the opportunity to review the Sail Pass and a Ceremonial Salute from all participating personnel onboard ships before returning to the RBAirF base via the RBAirF’s S70i Blackhawk Helicopter.

A total of six ships from RBN and RSN – the KDB DARUSSALAM, KDB DARULEHSAN, KDB DARULAMAN, RSS TENACIOUS, RSS VALOUR and RSS VIGOUR – three (3) helicopters – the RSAF’s Super Puma Helicopter and two of the RBAirF’s S70i Blackhawks – and a ScanEagle UAV from the RSN took part in this year’s exercise, giving the opportunity to conduct more dynamic exercise evolutions.

Prior to the exercise observation, His Excellency Dr Ng called on the Second Minister of Defence at the Ministry of Defence, Bolkiah Garrison. Upon his arrival, His Excellency Dr Ng was accorded with a Guard of Honour comprising of personnel from the Third Battalion, Royal Brunei Land Force (RBLF). 

Also present during the call were Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of Royal Brunei Armed Forces and Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Permanent Secretary, Ministry of Defence. 

During the call, both sides expressed satisfaction with the close bilateral relationship between Brunei Darussalam and the Republic of Singapore that has manifested through various platforms and levels including a regular exchange of visits, dialogues, meetings, exercises, trainings, courses, attachments, exhibitions as well as development and interaction programmes. 

In particular, this year’s Exercise PELICAN reflects the continuity of strong military ties between both countries. Exercise PELICAN was established in 1979 with the aim to improve the professionalism and interoperability between the navies of both nations. This year’s exercise will close today and the RSN ships will be departing Brunei on 7 November 2019.








MENTERI PERTAHANAN KEDUA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN MENTERI PERTAHANAN REPUBLIK SINGAPURA MENYAKSIKAN EKSESAIS PELICAN 2019

BOLKIAH GARISON, Rabu, 06 November 2019 – Sempena ulang tahun Eksesais PELICAN yang ke-40 di antara Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan Tentera Laut Republik Singapura (TLRS), Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua Negara Brunei Darussalam dan Tuan Yang Terutama Dr Ng Eng Hen, Menteri Pertahanan Republik Singapura telah menyaksikan latihan tersebut di atas kapal RSS TENACIOUS dan KDB DARUSSALAM pada hari ini.

Fasa laut Eksesais PELICAN, yang bermula kelmarin, merangkumi Cross-Deck Helicopter Operations, Operasi Unmanned Aerial Vehicle (UAV), Over The Horizon Targetting (OTHT), Tactical Firing, Sail Pass dan Tactical Manoeuvres.

Kedua-dua menteri diterbangkan dari Pusat Gerakan Udara Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) pada pagi tadi menggunakan Helikopter Super Puma Tentera Udara Republik Singapura (TURS) bagi kunjungan ke RSS TENACIOUS untuk menyaksikan Operasi UAV dan OTHT di antara kesemua kapal yang mengikuti eksesais tersebut diketuai oleh RSS TENACIOUS. Selepas itu, kedua-dua Menteri bergerak ke KDB DARUSSALAM bagi menyaksikan Latihan Tactical Firing, Sail Pass justeru menerima Tabik Hormat dari semua anggota kapal yang terlibat di dalam eksesais tersebut sebelum beredar balik ke pangkalan TUDB menggunakan Helikopter S70i Blackhawk TUDB.

Sebanyak enam kapal dari TLDB dan TLRS – KDB DARUSSALAM, KDB DARULEHSAN, KDB DARULAMAN, RSS TENACIOUS, RSS VALOUR dan RSS VIGOUR – tiga (3) buah pesawat helikopter – Helikopter Super Puma dari TURS dan dua buah Helikopter S70i Blackhawk dari TUDB – serta sebuah ScanEagle UAV dari RSN, telah mengambil bahagian dalam latihan tahun ini bagi memberi peluang menjalankan latihan fasa laut yang lebih dinamik.

Sebelum menyaksikan latihan tersebut, Tuan Yang Terutama Dr Ng telah mengadakan kunjungan kepada Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua di Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison. Setiba di Kementerian Pertahanan, Tuan Yang Terutama Dr Ng diberikan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota Batalion Ketiga, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB). Turut hadir semasa perjumpaan ialah Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan.

Semasa perjumpaan tersebut, kedua belah pihak menyatakan rasa puas hati dengan hubungan dua hala yang rapat diantara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura yang diperkukuhkan melalui pelbagai aktiviti dan peringkat, diantaranya pertukaran lawatan, dialog, mesyuarat, latihan tentera, kursus, penempatan, pameran-pameran pertahanan serta program-program interaksi dan pembangunan. 

Khususnya, Eksesais PELICAN pada tahun ini mencerminkan kekukuhan hubungan ketenteraan yang berterusan di antara kedua buah negara. Eksesais PELICAN telah dilaksanakan semenjak tahun 1979 ke arah mempertingkatkan profesionalisme dan kerjasama di antara angkatan laut kedua buah negara. Latihan tahun ini akan tamat pada hari ini dan kapal-kapal TLRS akan bertolak meninggalkan Negara Brunei Darussalam pada hari Khamis, 07 November 2019.


Attachments