Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
ASEAN AIR CHIEFS PAY JOINT CALL TO SECOND MINISTER OF DEFENCE

BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 3 September 2019 – The ASEAN Air Chiefs are currently in Brunei Darussalam for the 16th ASEAN Air Chiefs Conference (AACC) from 2 to 5 September 2019. Hosted by the Royal Brunei Air Force (RBAirF), the ASEAN Air Chiefs will gather to discuss matters pertaining to air power, common issues and challenges faced by all Air Forces in the region.

As part of the programme, the ASEAN Air Chiefs paid a joint courtesy call to the Second Minister of Defence, The Honourable Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof at the Ministry of Defence.

During the call, the Second Minister of Defence expressed satisfaction on the successful conduct of the 16th ASEAN Air Chiefs Conference (AACC) earlier during the day and commended ASEAN Air Force Chiefs on their commitment to ensure cooperation in military establishments extends across all services.

The ASEAN Air Chiefs Conference (AACC) was established in 2004. Since its inception, the AACC has played an important role in enhancing peace and stability in the region through the promotion of greater integration and partnership amongst the Air Forces within the ASEAN region.






KUNJUNGAN HORMAT KEPADA MENTERI PERTAHANAN KEDUA DARI KETUA-KETUA TURUS UDARA ASEAN 

BOLKIAH GARISON, Selasa, 3 September 2019 – Ketua-Ketua Turus Udara sedang berada di Negara Brunei Darussalam bagi menghadiri Persidangan Ketua-Ketua Turus Udara kali ke-16 (16th AACC) dari 2 hingga 5 September 2019. Dikendalikan oleh Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), persidangan ini bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kuasa udara, isu dan cabaran yang dihadapi oleh Tentera-Tentera Udara di rantau ini.

Sebagai sebahagian daripada program, Ketua-Ketua Turus Udara ASEAN telah mengadakan sesi kunjungan hormat kepada Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua di Kementerian Pertahanan.

Semasa kunjungan hormat tersebut, Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua menyatakan rasa puas hati di atas hasil Persidangan Ketua-Ketua Turus Udara ASEAN ke-16 yang telah diadakan pada sebelah pagi. Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua juga merakamkan penghargaan ke atas komitmen Ketua-Ketua Turus Udara ASEAN di dalam memastikan kerjasama meluas di kalangan institusi-institusi ketenteraan ASEAN.

Sejak penubuhannya pada tahun 2004, Persidangan Ketua-Ketua Turus Udara ASEAN memainkan peranan penting di dalam meningkatkan keamanan dan kestabilan serantau melalui integrasi dan kongsisama di kalangan tentera udara ASEAN.

Attachments