Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
RBAF WOMEN VOLLEYBALL CHAMPIONSHIP TOURNAMENT 2019/2020

PENANJONG GARISON, Friday, 9 August 2019 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Women Military hosted the 2019/2020 Annual RBAF Volleyball Championship from Wednesday, 7 until 9 August at the Penanjong Garrison Gymnasium, Training Institute RBAF.

Five teams participated in the Championship which were the Royal Brunei Land Force (RBLF), Royal Brunei Navy (RBN), Royal Brunei Air Force (RBAirF), Training Institute RBAF (TI RBAF) and Ministry of Defence (MINDEF).

The guest of honour for the closing ceremony was Lieutenant Colonel Mardiana binti Haji Tuah, Staff Officer Grade 1 Education, Directorate of Personnel, Ministry of Defence. Other invitees to the closing ceremony were senior officers, officers and personnel from the RBAF Women Military.

MINDEF was the overall winner for the RBAF 2019/2020 Volleyball Championship, followed by TI RBAF in the second place, RBAirF in the third place, RBLF, and RBN consecutively. In addition to this year’s tournament was the Top 2 Round Robin Championship, held during the closing ceremony between the two teams that accumulated the top two highest scores during the three-days championship, which were TI RBAF and MINDEF. In that match, TI RBAF won the trophy for the Top 2 Round Robin championship against MINDEF.

Meanwhile, the Overall Best Spiker was awarded to 21579 LCpl Noor Azura binti Mohd Salleh from MINDEF while the Overall Best Player was awarded to 21639 Cpl Dk Siti Noorazimah binti Pg Asmadi from RBLF.

The main objectives of this year’s tournament were to identify potential volleyball players that could represent RBAF team at national level and to promote the spirit of sportsmanship amongst RBAF units.





KEJOHANAN BOLA TAMPAR ASKAR WANITA PERINGKAT ABDB BAGI TAHUN 2019/2020

PENANJONG GARISON, Jumaat, 9 Ogos 2019 – Askar Wanita Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Kejohanan Bola Tampar Peringkat ABDB bagi tahun 2019/2020 selama tiga hari bermula pada 7 hingga 9 Ogos 2019 bertempat di Dewan Gerak Badan Penanjong Garison, Institut Latihan ABDB.

Kejohanan tersebut telah disertai oleh pasukan-pasukan dari unit Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Institut Latihan ABDB (IL ABDB) dan Kementerian Pertahanan (KEMENTAH).

Pada penutup kejohanan tersebut, Leftenan Kolonel Mardiana binti Haji Tuah, Pegawai Turus Pelajaran, Jabatanarah Keanggotaan, Kementerian Pertahanan hadir selaku Tetamu Kehormat bagi penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang. Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan anggota–anggota Askar Wanita ABDB.

Pasukan dari KEMENTAH telah menjuarai perlawanan Kejohanan Bola Tampar Askar Wanita peringkat ABDB dan diikuti oleh IL ABDB di tempat kedua. Manakala pasukan bola tampar TUDB telah menduduki tempat ketiga dan tempat keempat pula ialah pasukan bola tampar TDDB dan tempat kelima pasukan bola tampar TLDB. Sebagai acara tambahan pada tahun ini, Top 2 Round Robin telah dipertandingkan semasa upacara penutup di antara dua unit yang mendapat markah tertinggi di sepanjang perlawanan iaitu IL ABDB dan KEMENTAH. IL ABDB telah memenangi perlawanan tersebut dan mendapat piala rebutan Top 2 Round Robin.

Manakala, Spiker Terbaik Keseluruhan dimenangi oleh 21579 LKpl Noor Azura binti Mohd Salleh daripada KEMENTAH dan Pemain Terbaik Keseluruhan dirangkul oleh 21639 Kpl Dk Siti Noorazimah binti Pg Asmadi daripada TDDB.

Perlawanan ini diadakan bagi mencungkil bakat-bakat baru di kalangan Askar Wanita yang berpotensi untuk menjadi pemain peringkat Kementerian bagi mewakili pasukan bola tampar ABDB secara menyeluruh, serta memupuk kemesraan dan mengeratkan lagi tali silaturahim melalui sukan bagi unit-unit yang terlibat dengan bersaing secara sihat.

Attachments